Sunday 14 July 2013

Posted by Unknown On 00:04
Rasulullah S.A.W. sentiasa menguntumkan se-nyumannya sehingga menimbulkan rasa cinta (mahabbah) dalam kalangan sahabat kepada baginda . Begitulah rutin kehidupan insan teragung ini . 

Senyumannya mampu memikat dan melembutkan hati di sekelilingnya .  Akhlak Nabi ini diakui sahabatnya , Jabir r.a. Beliau berkata , " Semenjak aku memeluk Islam , tidak pernah Rasulullah S.A.W. membelakangi aku . Dan beginda tidak pernah melihatku melainkan baginda mesti sedang tersenyum ." Begitulah hebatnya budi pekerti dan kemurahan hati Muhammad S.A.W. , kekasih kita memberikan senyuman sepanjang masa . Alangkah bahagianya jika baginda masih bersama kita hari ini .

Saudaraku ,
Berilah senyuman meskipun kita disakiti kerana senyuman juga satu sedekah . Sabda Nabi S.A.W. , " Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah ." ( Riwayat at-Tirmizi )

Dalam kalangan kita sendiri , masih ramai yang berpandangan bahawa senyuman ini mengurangkan nilai maruah dan mudah dipermainkan , manakala marah itu lambang ketinggian , kedudukan dan maruah seseorang .

Tidak , pandangan ini sama sekali salah ! Sesungguhnya Nabi seorang pemimpin yang dihormati dan dikasihi walaupun baginda seorang insan yang suka tersenyum . Sekarang , tidak perlu tunggu lagi . Senyumlah , kerana ia mengangkat darjat anda di samping meraih pahala .

^_^

Saturday 13 July 2013

Posted by Unknown On 23:26
" Dan laksanakanlah solat , tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama sama orang yang rukuk ." Al-Baqarah : 43

Wahai pencari Cinta Ilahi, pencari kebahagiaan hakiki , yang berhak mewarisi syurga Firdaus dengan rahmat-Nya , renungkanlah norma kelakuan masyarakat kita hari ini . 
Yang baik kita ikuti dan amalkan , yang keruh kita kikis sehingga tiada lagi .

RENUNGKANLAH ,
Orang kafir sambut Valentine Day kita pun nak sambut ,
Orang kafir sambut April Fool kita pun nak sambut ,
Orang kafir sambut Halloween kita pun nak sambut .

TETAPI ,
Islam suruh jemaah di masjid kita tak mahu ,
Islam suruh baca al-Quran kita tak mahu ,
Islam suruh solat kita tak mahu ,
Islam suruh perbanyakkan zikir kita tak mahu ,
Islam suruh tutup aurat kita tak mahu ,
Islam suruh memelihara mata dan mulut kita tak mahu .


JUSTERU ITU INGATLAH ,
Setiap ilmu ada amalannya ,
Setiap perkara yang berlaku ada sebab dan hikmahnya ,
Setiap persoalan ada jawapannya ,
Setiap perlakuan ada ganjarannya ,
Setiap kesulitan ada kemudahannya ,
Setiap kesenangan ada rahmatnya ,
Setiap kehidupan ada dugaannya ,
Setiap takdir terkandung hikmah dan barakah di sebaliknya .


Wallahu'alam ...


  


Sumber : Al-Munir (vol. 142) , Masjid Qaryah Sikamat , Seremban
Posted by Unknown On 10:13
Kisah cinta Urwah bercambah sejak kecil . Sejak dari dulu Urwah jatuh hati dengan 'Afra , anak gadis pakciknya . Begitu juga dengan 'Afra . Beliau amat menyenangi Urwah dan mahu hidup bersamanya . 

Urwah anak yatim piatu dan tinggal dengan pakciknya sejak kecil . Hubungannya dengan 'Afra bukan sekadar sepupu tetapi juga teman rapat . Sungguh pun hidup miskin , hubungan mereka sungguh erat .

Setelah lama memendam rasa , Urwah memberanikan diri bertemu pakciknya dan menyuarakan hasrat menikahi 'Afra . Pakciknya tersenyum . " Aku memang suka jika hubungan keluarga ini semakin teguh . Tetapi kau perlu menyediakan 80 ekor unta sebagai maharnya . 

Apabila kau telah bersedia , kembalilah dan sebagai wali , aku akan menerima lamaranmu itu ." Pakciknya menganggap 80 ekor unta itu sebagai jaminan Urwah akan memberi kesenangan hidup kepada 'Afra selepas menikahinya .

Posted by Unknown On 10:04
  Pesanan Khas Buat Remaja dan Generasi Muda  
Kita dibuai , digoda , dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar , indah dan berbunga . Bukalah radio dan TV , cerita , drama , filem cinta lagi , lagi dan lagi ! Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi di mana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi . Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela .

Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang 'baik' mengenai pasangan dan meremehkan segala keburukannya ! Ya , itulah hakikat . Tapi mereka yang TAHU dan hidup dalam alam realiti akan cepat menggunakan akal dan mengawal berahi yang penuh fantasi . 

Ya ! Bangunlah kepada realiti ! Semua mahu mencintai dan dicintai , tapi kawallah diri dan pilihlah untuk bercinta di alam realiti .