Saturday 18 January 2014

Posted by Unknown On 05:50



Hari demi hari , seiring dengan kemajuan dalam sains dan teknologi yang dikecapi dunia kini , semakin ramai umat manusia yang mula hanyut sibuk mengejar kekayaan dunia dan sebagainya yang bersifat sementara .

Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan mereka . Sebaliknya , kita perlu bijak mengimbangkan keperluan dunia dan akhirat .

Yang pasti , akhirat itu alam yang abadi ( selama-lamanya ) dan bukan dunia .


 Namun , kita beruntung lahir sebagai umat junjungan besar , Nabi Muhammad S.A.W. Kita dijanjikan syafaat (pertolongan) baginda di akhirat nanti andai mencintai baginda sepenuh hati ketika hidup di dunia , In sha Allah .

Pelbagai cara dapat menzahirkan cinta kita pada kekasih Allah , Muhammad S.A.W. Antaranya dengan mengamalkan sunnah-sunnah baginda . Sunnah baginda amatlah banyak dan praktikal , yang lebih penting mudah untuk kita praktikkan malah meraih keredhaan dan rahmat Allah S.W.T. In shaa Allah .

Berikut merupakan antara sunnah Nabi yang boleh kita amalkan . Mohon teguran andai terdapat silap / kesalahan di mana-mana . Semoga bermanfaat :



 
" Tawaf & menghormati orang lebih tua juga Sunnah"



Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan . Jom sama-sama kita amalkan secara perlahan-lahan dan istiqamah (berterusan) sunnah-sunnah Nabi ini ~

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit.




Sunday 5 January 2014

Posted by Unknown On 23:27
MASA ITU EMAS ~ ^_^
Dalam asyik kita sibuk mengejar dunia , kita sering terlupa sesuatu. Sesuatu yang perlu kita bawa sebagai bekalan selepas mati nanti.

Dalam meniti arus pemodenan global , tidak dinafikan hampir seluruh masa sebilangan kita digunakan untuk mengejar kekayaan , selebihnya digunakan untuk berehat , sebahagian lagi untuk ibadah , itu pun jika ada .
 
Adapun dunia itu sementara , sia-sia untuk kita mencari kekayaan semata - mata sebagai tujuan hidup di dunia kerana kekayaan itu akan beransur-ansur hilang.


Rasulullah SAW bersabda : "Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan." (HR. Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda : "Bagi tiap sesuatu terdapat ujian dan cobaan, dan ujian serta cobaan terhadap umatku ialah harta-benda." (HR. Tirmidzi)

Maka , amatlah baik untuk kita bersederhana . Bersederhana dalam melakukan apa jua pekerjaan . Namun , apa yang paling utama dan harus difokuskan , matlamat mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat .

"" Nilai seutas jam bukan pada harga atau nilai wangnya , namun terletak pada tuan si pemakainya sama ada mereka memanfaatkannya bagi merancang masa dengan bijak atau hanya menganggapnya sebagai hiasan yang cantik di mata .""

Insan yang mengutamakan keberhasilan matlamat mereka untuk tercapai , mereka amat mementingkan penggunaan masa . Justeru , mereka amat memanfaatkan baki masa mereka yang tersisa . Insan yang mengutamakan keberhasilan matlamat mereka untuk tercapai , mereka amat mementingkan penggunaan masa . Justeru , mereka amat memanfaatkan baki masa mereka yang tersisa .

Pada zaman millenium alaf ke-21 ini , teknologi telah memungkinkan segalanya . Maka , terciptalah alat yang memudahkan manusia mengurus masa mereka . Alat ini wujud dalam pelbagai bentuk , sama ada jam tangan , jam dinding , jam meja dan pelbagai lagi . Rata - rata menggemari jam jenis tangan yang lebih mudah dibawa ke mana - mana malah sesetengah wujud dalam versi kalis air dan getaran . Mereka yang pandai mengatur masa , rata-rata adalah orang berjaya . Setia bersama 'gadget' ini sebagai teman karib mereka ...