Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi .
Entah siapa nama sebenar , tapi orang ramai biasa memanggilnya Puan Bahiyah .
Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada sunat apalagi yang wajib .
Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya mengunggu waktu solat sambil berzikir , membaca al-Quran ataupun solat sunat .
Apabila merasa ajalnya hampir tiba , dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa , " Wahai Tuhanku ! Wahai Tuhan yang selalu kukenang ! Wahai Tuhan tempatku mengadu ! Wahai Tuhan tempatku berpegang dikala hidupku dan dikala matiku ! Janganlah Engkau hinakan aku di saat-saat kematian , jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku !"
Anak lelakinya tergolong anak soleh . Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa. Setiap malam dan hari Jumaat anak orang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci al-Quran , kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain .
Pada suatu malam si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal dunia itu . " Wahai ibu ! Bagaimana keadaaanmu ?" tanya si anak setelah memberikan salam .
" Wahai anakku ! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan , kedukaan dan kesengsaraan yang amat dahsyat . Alhamdulillah keadaanku di alam barzakh berada dalam keadaan baik . Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku . Ia dibuat dari sundus dan istabrak . Hal ini berterusan sehingga hari kiamat ."
* Sundus adalah sutera yang halus sedangkan istabrak adalah kain sutera yang tebal, Allah Ta'ala berfirman dalam al-Qur'an:
"Dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas dipan-dipan yang indah". (QS al-kahfi: 31).
" Wahai ibuku ! Adakah sesuatu pesan untukku ?" tanya anak yang bermimpi . Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya telah meneruskan amalan yang dilakukannya selama ini , yakni berziarah ke kuburnya , membacakan ayat-ayat al-Quran dan berdoa untuknya .
Katanya , kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkannya . Sebaik saja anaknya datang , akan terdengar suara memanggil , " Wahai Bahiyah ! Ini anakmu datang . Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu !"
Katanya lagi , bukan sahaja dirinya yang berbahagia , tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut bergembira dan menerima manfaat . Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya . Selepas bermimpi demikian , dia tetap meneruskan amalannya , yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat , sambil membaca al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur .
Pada suatu malam , dia bermimpi lagi . Dalam mimpinya dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya . " Siapa kalian ini dan apa pula hajatmu ke sini ?" tanya anak soleh . " Kami adalah ahli-ahli kubur , datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu . Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur ." jawab mereka .
Sejak itu , anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat , dan dia membacakan ayat-ayat al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu . Radiallahu anhum .
0 comments:
Post a Comment