Friday 9 August 2013

Posted by Unknown On 19:47
1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain . Abu Talib takut pandangan pembesar Quraisy yang lain mengenai apa yang akan diperkatakan setelah dia meninggal dunia dan menjadi seorang Muslim , maka kerana kerisauan inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap syahadah .

2) Kedua - Sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain . Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita menyibukkan diri menilai orang lain Misalnya , ber'gossip' membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri . Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa , apatah lagi mengaibkan dan memfitnah .

Sebaliknya , sibukkan diri mengenal hal diri , kekurangan diri , keluarga , anak-anak daripada orang lain . In sha Allah kita akan diberi hidayah .


3) Ketiga - Beristighfar & Bertaubat
Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa beristighfar dan bertaubat , In sha Allah . Beristighfar bererti kita memohon ampun kepada Allah setelah tersedar melakukan apa sahaja dosa & kesilapan , bertaubat pula bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri ke arah-Nya . Mudah-mudahan , dengan sentiasa beristighfar dan bertaubat , Allah akan memperkenankan taubat itu sebagai hidayah kepada hamba-Nya .

4)  Keempat - Amalan Yang Berterusan . Sentiasa memperbaiki dan memperbanyakkan amal . Bagaimana ? Dengan mengikhlaskan hati , mencari dan mengikut contoh kekasih kita Muhammad S.A.W.

5) Kelima - Sampaikan Kebaikan - Hidayah akan terkesan dan tersimpan rapi sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan . 

Konsep amar makruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri kita dan orang lain . Marilah kita sebarkan kebaikan , kasih sayang , bukannya kebencian , keburukan , dan kejahatan . Walaupun sedikit , sedikit dan sekecil biji sawi itulah amalan yang akan Allah nilai nanti .

6) Keenam - Carilah Kawan Yang Soleh
Pilihan kawan , teman  & sahabat yang akan mengingatkan kita sekiranya kita tergelincir . Rakan dan sahabat yang jujur akan memberi teguran . Mereka ibarat wangian yang menyinari hidup kita , memelihara kebajikan dan ingin bersama-sama menjejakkan kaki ke syurga bersama-sama dengan kita .

7) Ketujuh - Hidayah Akan Kekal Dengan Ilmu . Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar . Terus dan terus tanpa henti menggali ilmu di sana dan di sini . Dari sumber yang sahih lagi dipercayai . Lebih banyak ilmu yang kita tahu , semakin banyak ilmu yang kita belum tahu . Sungguh , ilmu Maha Luas itu milik ALLAH Azza Wa Jalla Yang Maha Esa .



0 comments:

Post a Comment