Belajar diam dari banyaknya bicara , Belajar sabar dari sebuah kemarahan , Belajar kesusahan dari hidup senang , Belajar untuk menangis dari suatu kebahagiaan , Belajar keikhlasan dari kepedihan , Belajar tawakkal dari ujian , Belajar redha dari satu ketentuan .
- Siti Nafisah Abdul Aziz , 2012




Rasulullah S.A.W. bersabda ," Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka , termasuk juga aku , tetapi ialah semata - mata rahmat Allah S.W.T. belaka ."
- Jabir R.A.


"Orang yg jujur itu ada 3 tanda: Merahsiakan ibadahnya. Merahsiakan sedekahnya. Merahsiakan ujian yg menimpanya"
- Imam Ghazali

" Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun." 
- Imam Syafi'e

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” 
- ( Riwayat ad-Dailani )



"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu"  
Imam Syafie


Hati yang jahat terletak pada mulutnya, dan mulut yang baik, terletak pada hatinya. 
- Saidina Ali r.a.



"Apakah amal yang membolehkan seseorang masuk ke syurga?" Rasulullah menjawab: "Takwa kepada Allah dan berakhlak baik."



Nabi S.A.W. bersabda ,    "Allah ada 100 perasaan belas kasihan. Dia menurunkan satu belas kasihan sahaja kepada jin , manusia , binatang dan serangga . Dengan satu belas kasihan itu jugalah binatang buas mengasihi anaknya.Allah menangguhkan 99 lagi perasaan belas kasihan bagi mengasihani hamba-hambaNya pada Hari Akhirat"    

 - Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim






Syurga itu destinasi impian setiap insan yang punya nikmat tidak terhingga . Kenikmatan ini tidak akan mampu dicapai indera . Belum pernah dilihat dek mata , tidak pernah didengar dek telinga dan tiada pernah terdetik dek fikiran sesiapa pun . Indahnya syurga hanya layak untuk hamba yang menyerah diri pada-Nya .


Al-jannah itu kurniaan ILAHI untuk para hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh . Bersyukurlah jika hati tercenderung pada-Nya , namun itu bukanlah tiket untuk kita alpa . Godaan dunia pasti menimpa... Menarik kita agar lupa pada-Nya . Dan pada ketika itulah , kita sebenarnya dihujani ujian sebagai bukti keimanan .



- Nazifah Abdul Aziz , 2013

0 comments:

Post a Comment