Sunday 5 January 2014

Posted by Unknown On 23:27
MASA ITU EMAS ~ ^_^
Dalam asyik kita sibuk mengejar dunia , kita sering terlupa sesuatu. Sesuatu yang perlu kita bawa sebagai bekalan selepas mati nanti.

Dalam meniti arus pemodenan global , tidak dinafikan hampir seluruh masa sebilangan kita digunakan untuk mengejar kekayaan , selebihnya digunakan untuk berehat , sebahagian lagi untuk ibadah , itu pun jika ada .
 
Adapun dunia itu sementara , sia-sia untuk kita mencari kekayaan semata - mata sebagai tujuan hidup di dunia kerana kekayaan itu akan beransur-ansur hilang.


Rasulullah SAW bersabda : "Apa yang sedikit tetapi mencukupi lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan." (HR. Abu Daud)

Rasulullah SAW bersabda : "Bagi tiap sesuatu terdapat ujian dan cobaan, dan ujian serta cobaan terhadap umatku ialah harta-benda." (HR. Tirmidzi)

Maka , amatlah baik untuk kita bersederhana . Bersederhana dalam melakukan apa jua pekerjaan . Namun , apa yang paling utama dan harus difokuskan , matlamat mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat .

"" Nilai seutas jam bukan pada harga atau nilai wangnya , namun terletak pada tuan si pemakainya sama ada mereka memanfaatkannya bagi merancang masa dengan bijak atau hanya menganggapnya sebagai hiasan yang cantik di mata .""

Insan yang mengutamakan keberhasilan matlamat mereka untuk tercapai , mereka amat mementingkan penggunaan masa . Justeru , mereka amat memanfaatkan baki masa mereka yang tersisa . Insan yang mengutamakan keberhasilan matlamat mereka untuk tercapai , mereka amat mementingkan penggunaan masa . Justeru , mereka amat memanfaatkan baki masa mereka yang tersisa .

Pada zaman millenium alaf ke-21 ini , teknologi telah memungkinkan segalanya . Maka , terciptalah alat yang memudahkan manusia mengurus masa mereka . Alat ini wujud dalam pelbagai bentuk , sama ada jam tangan , jam dinding , jam meja dan pelbagai lagi . Rata - rata menggemari jam jenis tangan yang lebih mudah dibawa ke mana - mana malah sesetengah wujud dalam versi kalis air dan getaran . Mereka yang pandai mengatur masa , rata-rata adalah orang berjaya . Setia bersama 'gadget' ini sebagai teman karib mereka ...

0 comments:

Post a Comment