Friday 31 May 2013

Posted by Unknown On 22:02
(Pengalaman Abu Sulaiman Ad-Darany)
Pada suatu musim haji , Abu Sulaiman pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah S.A.W. di Madinah.

Di tengah perjalanan , dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas . Pemuda itu memberikan salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman - temannya ." Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman . " Saya dari Iraq ," jawabnya . " 

Bolehkah saya pergi bersama rombongan Tuan ?" " Boleh ."
Posted by Unknown On 00:55
- PESANAN BUAT KAUM WANITA -
Mengenai kaum wanita sebagai perhiasan , Rasulullah berpesan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad , Tabrani dan Hakim :

" Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki agar terbau haruman itu , maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya juga zina ."

Rasulullah S.A.W. bersabda, 
" Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah ." ( HR Muslim )

Thursday 30 May 2013

Posted by Unknown On 21:18
Pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah ini merupakan perkara-perkara yang mudah dilakukan asal sahaja ada kemahuan demi meningkatkan keimanan dalam diri . Tetapi , berapa ramaikah yang bersedia mengikuti pesanan Rasulullah s.a.w. itu ?

Di antara pesanan Rasulullah S.A.W. kepada kaum lelaki ialah :
* Hendaklah bangun mengerjakan solat pada pertengahan malam walaupun hanya sekadar dua rakaat pendek . Ini kerana orang yang bangun bersujud pada Allah akan sentiasa dekat dengan Pencipta-Nya 

* Lazimkan diri menyebut nama Allah sebelum terbit fajar dan terbit matahari . Ganjaran yang besar daripada Allah bagi yang mengamalkan perkara ini .

* Biasakan diri berdoa antara azan dan iqamat . Sesungguhnya doa itu tidak akan dibiarkan .

* Barang siapa yang Allah memberinya nikmat dia bersyukur dan Allah memberinya dugaan dia bersabar dan jika berbuat jahat dia memohon ampun , nescaya bolehlah dia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dikehendaki .

* Amalkan memanjangkan zikir dan membaca al-Quran setiap kali selesai solat Subuh .

* Sesiapa yang mengamalkan surah Al-Mulk dan as-Sajadah sebelum tidur pada setiap malam , maka Allah akan mengutuskan teman untuknya di dalam kubur .

* Tebarkan salam sesama muslim kerana ia menggambarkan ketinggian akhlak , kemuliaan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam .

Wallahu'alam . ^_^
Posted by Unknown On 20:55
Rasulullah S.A.W. berpesan tentang cara dan etika memilih pakaian yang sesuai . Antaranya ialah :
1. Pakaian yang bersih , longgar dan tidak tembus pandang orang yang melihat dan menutup aurat .

2. Tidak menunjukkan pakaian yang mewah dan mahal sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan kerendahan hati .
Posted by Unknown On 20:23
Agama Islam amat memuliakan kaum wanita . Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh terbaik yang memberikan layanan istimewa kepada kaum wanita . Begitu juga agama Islam yang dibawa ini . 

Oleh itu , mana-mana lelaki yang memberikan layanan buruk terhadap wanita , maka dia boleh diumpamakan sebagai sejahat-jahat manusia . Wanita mukminah adalah lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari syurga .


Wanita mukminah yang dimasukkan ke dalam syurga kerana ketaatan kepada agama adalah lebih baik dan darjat mereka lebih tinggi berbanding bidadari syurga . Hal ini dinyatakan dalam banyak hadis yang dinilai lemah oleh para ulama . 

Walau bagaimanapun , wanita dunia yang beramal soleh kemudian dimasukkan ke dalam syurga sebagai balasan ke atas amal kebajikan dan kemuliaan , sudah tentulah lebih baik daripada bidadari syurga .

Mereka menempuh pelbagai ujian , cabaran dan kesusahan di dunia ketika melakukan suruhan dan meninggalkan larangan agama sebelum dapat mengecapi nikmat syurga yang disediakan Allah Azza Wa Jalla .

Sedangkan bidadari syurga pula adalah makhluk Allah yang dijadikan di dalam syurga sebagai balasan terhadap orang mukmin yang taat kepada perintah Allah dan melakukan amal soleh .

Seorang wanita solehah tidak dinilai daripada kecantikan tetapi juga daripada ketelusan hati yang tersembunyi . Ia juga bukan dilihat daripada bentuk tubuh yang mempesona tetapi dilihat sejauh mana ia menutupi bentuk tubuh yang mempesona itu .

Seterusnya , seorang wanita solehah juga bukan dilihat berpandukan sebanyak mana kebaikan yang dilakukan tetapi keikhlasan hati ketika melakukan kebaikan itu .

Wanita solehah juga bukan dilihat daripada kepetahan bercakap tetapi apakah yang dibicarakan sama ada perkara yang baik-baik atau sebaliknya seperti mengata atau mengumpat yang menjadi kebiasaan wanita moden pada zaman ini .

Allah mengingatkan ,
" Janganlah perempuan - perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga mengghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik ."

Peranan Siti Khadijah yang berkorban kepada suaminya juga amat wajar dicontohi kaum wanita Islam hari ini . Sehinggakan Rasulullah S.A.W. bersabda ,

" Dia (Khadijah) beriman kepadaku ketika semua orang ingkar . Dia mempercayaiku ketika semua orang berdusta . Dia memberikanku harta ketika orang lain enggan memberi dan daripadanya aku memperolehi keturunan ."

Wallahu'alam . ^_^

Posted by Unknown On 19:57
Sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari , Rasulullah S.A.W. berkata , " Aku lihat api neraka , tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya . Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita ."

Rasulullah ditanya mengapa terjadi begitu ? Rasulullah S.A.W. menjawab , " Wanita itu mengku-furkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya . Jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun , dia masih belum berpuas hati dan berasa cukup ." ( HR al-Bukhari )

Sementara itu , seorang isteri yang keluar dari rumah suami tanpa izin , maka dia akan dilaknat oleh malaikat , jin dan manusia sehingga dia kembali semula .

  

Pada satu sisi kehidupan lain , mereka gagal menjaga kehormatan diri daripada terpesona dengan kehidupan moden hari ini sehinggakan melanggar perintah Allah misalnya seperti menderhaka kepada suami .

Mereka juga gagal menghayati pesanan-pesanan Rasulullah S.A.W. agar berwaspada dan memelihara diri daripada ancaman syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan menjerumuskan mereka ke neraka .

INGATLAH , WAHAI KAUM WANITA .

  1. Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota bersentuh atau lelaki menyentuh wanita tanpa sebab .
  2. Pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh hukum syarak .
  3. Berjalan dan bercakap dengan hormat dan sopan serta mengelak diri daripada menunjukkan wajah menggoda .
  4. Elakkan menarik perhatian lelaki dengan menggoyang , memainkan perhiasan atau perbuatan seumpamanya jika anda Wanita Islam !
  5. Berani berkorban masa , tenaga dan harta untuk suami .
  6. Ucapkanlah perkataan yang baik-baik .
  7. Jangan terlampau lunak ketika berbicara sehingga mengghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya .
  8. Taat kepada agama .

Firman Allah Ta'ala dalam Surah An-Nur , ayat 31 maksudnya :

" Dan janganlah menghentak kaki mereka agar diketahui perhiasan yang disembunyikan ."

^_^

Rujuk pada post : TINGGINYA DARJAT WANITA SOLEHAH untuk lebih terperinci . Syukran

Posted by Unknown On 00:43
Antara solat sunat yang disyariatkan dalam Islam adalah seperti solat sunat tahajud , solat dhuha , solat sunat yang mengiringi solat fardhu ( Qabliyah & Ba'diyah ) , sulat sunat istikharah , solat sunat istisqa dan solat sunat tasbih. 

Solat-solat ini jika dilakukan akan menambah- kan pahala dan menampung kekurangan pada solat wajib yang kita lakukan tidak cukup sempurna seperti tidak khusyuk , bacaan tidak sempurna atau sebagainya .


Maka , kekurangan ini dapat diperbaiki melalui amalan sunat yang dilakukan . Menurut Abu Hurairah R.A. , Rasulullah S.A.W. bersabda ,

" Perkara pertama yang dihitung ke atas seseorang hamba itu pada hari kiamat ialah solatnya . Jika ia baik , dia telah berjaya dan cemerlang dan jika ia buruk , maka dia telah gagal dan rugi . Jika terdapat kekurangan pada amalan fardunya , maka ALLAH AZZA WA JALLA berfirman , " Lihatlah jika hamba-Ku ada melakukan perkara sunat ." Maka ia pun menyempurnakan apa yang kurang pada amalan fardu . Demikianlah yang terjadi ke atas amalan-amalan lain ."

( Hadis sahih Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud )

Ingatlah , setiap solat yang disyariatkan dan dilakukan dalam Islam mempunyai kelebihan tersendiri dan kesemuanya disukai oleh Allah S.W.T.




Kita sebagai hamba yang mempunyai banyak kelemahan , pasti kita tidak dapat melakukan semuanya . Namun , cubalah sedaya upaya menambah pahala atau menyempurnakan amalan wajib dengan memperbanyakkan amalan sunat .




In shaa Allah hati kita tidak akan selalu berasa bimbang dengan hal-hal keduniaan dan segala urusan kita akan dijaga oleh Yang Maha Esa . ^_^





Wednesday 29 May 2013

Posted by Unknown On 01:05
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.



12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawa­b apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. ^_^
Posted by Unknown On 00:36
Kita dituntut untuk mengerjakan solat tepat pada waktunya dan ditegah sama sekali untuk melewat - lewatkannya .

Tentulah ada sebabnya mengapa kita disuruh berbuat demikian . Apa yang akan berlaku sepanjang sebelum kita menunaikan solat sukar dijangkakan . Rasulullah S.A.W. juga ada berpesan , ada tiga sebab mengapa kita digesa solat sebaik sahaja azan dilaungkan . Sebab - sebabnya ialah :



1. Ajal boleh datang bila-bila masa tanpa disangka-sangka .
2. Datangnya haid yang tidak disangka - sangka ( bagi kaum Hawa )
3. Kedatangan tetamu ke rumah tidak wajar hendak ditolak sedangkan waktu itu kita belum
    menunaikan solat .

Suatu ketika , Saad bin Abi Waqqash bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang meninggalkan solat / melalaikan solat . Rasulullah S.A.W. menjawab , 

" Melalaikan solat iaitu mengakhirkan waktu sembahyang dari waktu asalnya sehingga waktu sembahyang lain . Mereka sebenar-benarnya telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya dan mereka diancam dengan Neraka Wail  ."


Sementara dalam Surah al-Mukminun ayat 10 hingga 11 , Allah berfirman yang bermaksud ,

" Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya , dan orang yang memelihara solatnya ; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus dan kekal di dalamnya ."


Diriwayatkan juga bahawa Abi Qilabah ( seorang tabi'in ) , ditanya tentang perhatian yang perlu ditumpukan ketika solat . 

Lalu beliau menjawab bahawa , " Jika seseorang itu dapat memandang ke tempat sujud , maka itu amat baik ."

Seseorang mukmin yang menjaga solat dan mendapati dirinya dilapangkan oleh Allah dan urusannya dipermudahkan . 


Dia juga akan terbiasa menjadi orang yang menepati masa , hasil daripada menepati waktu solat itu tadi . In shaa Allah . ^_^


Tuesday 28 May 2013

Posted by Unknown On 20:53
Sebilangan daripada kita apabila doanya tidak dimakbulkan , mereka berasa kecewa atau putus asa . Mereka beranggapan Allah tidak mendengar doanya serta tidak mendapat perhatian Allah .

Anggapan mereka sebenarnya salah dan meleset sama sekali . DIA sentiasa mendengar doa para hamba-Nya . Percayalah ! Hamba-Nya yang berdoa mestilah bersangka baik dengan Allah bahawa DIA akan memperkenan-kan doa tersebut walau dengan cara apa sekali pun .

Allah akan memperkenankan doa para hamba-Nya selagi tidak mengandungi unsur-unsur seperti permintaan yang melibatkan dosa , hasad dengki , memutuskan silaturahim atau perasaan tidak sabar agar hajat / doa tersebut segera diperkenankan atau dimakbulkan .

Hadis daripada Ahmad , al-Bazaar dan Abu Yala , Rasulullah S.A.W. berkata ,


" Tiada seorang Muslim pun yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara ; sama ada disegerakan kemakbulan , atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat atau dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya ."




Dalam satu hadis daripada Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi , Rasulullah S.A.W. berkata , " Doa itu adalah ibadat ."

Sungguh , tiada siapa dapat menafikan kehidupan ini memiliki rahsia yang tersembunyi dan tiada siapa mengetahuinya . Adakala yang kita harapkan tidak menjadi , sebaliknya apa yang kita tidak minta , kita memperolehinya .

Sungguh , hanya Allah Yang Maha Mengetahui , DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita dan tidak baik untuk kita .

Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi , apa yang telah dan sedang terjadi . Hanya kita mudah atau selalu keliru dalam menilai sesuatu keadaan . Sehingga kadangkala kita berdoa hendakkan sesuatu sedangkan Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita . 

Kita mungkin tidak sedar atau tidak perasan , Allah menggantikan apa yang kita minta itu dengan perkara lain . Usah cepat berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita tidak diperkenankan . Itu salah ! Mari sama-sama kita audit diri . Di dunia ini tiada manusia sempurna , namun peluang untuk memperbaiki diri sentiasa terbuka luas , In shaa Allah . ^_^

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin - Doa & Taubat


Posted by Unknown On 07:57
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda , " Pada zaman Bani Israil dahulu , hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza .

Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah . Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa , ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya .

Suatu ketika orang yang ahli ibadah berkata lagi , " Berhentilah daripada berbuat dosa ." Dia menjawab , " Jangan pedulikan aku , terserah Allah akan menilai perbuatanku . Adakah engkau diutus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan ?"


Ahli ibadah itu membalas , " Demi Allah , dosamu tidak diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah ."

Kemudian setelah kedua-dua orang itu mati , Allah S.W.T. telah menghakimi kedua-dua mereka di hadapan-Nya . Allah S.W.T. menyoal lelaki ahli ibadah , " Adakah kamu lebih mengetahui daripada - Ku ? Atau adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan - Ku ?"

Kemudian kepada ahli maksiat Allah berfirman , " Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat - Ku . " Sementara kepada ahli ibadah dikatakan , " Masukkan orang ini ke dalam neraka ."



Hadis Sahih Riwayat Ahmad ,
Riwayat Abu Daud .
Posted by Unknown On 06:05
Anda suka terima pujian ? Suka menerimanya berlebih - lebihan ?

Namun , ketahuilah pujian berlebihan mempunyai tujuan tertentu , misalnya dengan tujuan untuk mendapat habuan . Namun , tidak ramai sedar puji-pujian itu akhirnya akan menerbitkan sifat riak atau membanggakan diri . Ini berlawanan sekali dengan sifat ALLAH yang sememangnya layak dipuji berbanding dengan manusia .


Sesungguhnya yang layak dipuji hanyalah Allah . Tidaklah wajar untuk kita memuji sesama manusia KERANA tarafnya sama , berbanding dengan Allah yang Maha Kaya Nikmat yang telah diberikan kepada hamba-Nya .

Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menegur seorang lelaki apabila terdengar lelaki itu memuji temannya . Bukhari dan Muslim melaporkan , Rasulullah S.A.W. berkata ,

" Malang kamu ! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya !" Kemudian Rasulullah S.A.W. menambah , " Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya , maka hendaklah dia berkata , jangan sekali-kali dia mensucikan seseorang mengatasi Allah ."

Rasulullah S.A.W. juga pernah berpesan dalam khutbah Jumaat baginda supaya umatnya berwaspada apabila memuji atau menerima pujian kerana perbuatan itu ibarat menyembelih leher sendiri .

Monday 27 May 2013

Posted by Unknown On 04:23
Indah sungguh budinya , seindah rupa parasnya . Beliau seorang yang amanah dan bertanggungjawab sehingga digelar Al-Amin . Tidak pernah sekalipun beliau berdusta . Setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar dan tidak pernah ada perkataan yang cela .

Khadijah mula menaruh hati terhadap pekerjanya itu , iaitu Muhammad S.A.W. Beliau terpikat dengan kesantunan dan ketinggian budi Muhammad . Pada mulanya beliau menyenangi cara kerja Muhammad , kemudian bertukar menjadi kagum dengan kemuliaan pekertinya .

Seterusnya , perasaan itu bertukar menjadi kasih sebelum akhirnya menjadi cinta . Tetapi beliau hanyalah seorang janda yang sudah berusia dan telah mempunyai dua orang anak .
Posted by Unknown On 01:50
Siapa tidak kenal dengan Siti Zulaikha ? Wanita yang dianugerahkan kecantikan oleh Allah untuk dijodohkan dengan manusia tampan , Nabi Yusuf . Kisah mereka bermula begini :

Zulaikha terus bertahan dalam cintanya terhadap Yusuf . Walaupun Yusuf adalah anak angkat yang dibelanya sejak kecil , tetapi cintanya kepada pemuda itu tumbuh subur seiring dengan kedewasaan Yusuf . Zulaikha tergoda dengan ketampanan Yusuf . 

Sunday 26 May 2013

Posted by Unknown On 09:11
Kembara si pemuda tampan dan zuhud dari Kota Kufah berlabuh di sebuah kampung yang kebanyakan penduduknya adalah kaum An-Nakha'. Terpaksa juga beliau singgah di situ bagi melepaskan lelah setelah berhari-hari melangkah .

Sepanjang persinggahannya itu , beliau berkenalan dengan ramai penduduk kampung . Suatu hari , pemuda itu bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik .


Tanpa sengaja , mata mereka bertemu lantas seakan-akan berbicara melahirkan hasrat untuk memanjangkan silaturahim . Kedua-duanya seolah-olah terpana seketika namun dengan segera mereka memalingkan muka ke tempat lain . Bimbang rasa debar yang mula singgah di dada masing-masing menjadi sasaran panahan godaan syaitan . 

Namun , jauh di sudut hati mereka , ada bicara yang tidak terungkap , ada bahasa yang tidak terucap . Malah salam yang mahu diucapkan pun , mati kaku di hujung lidah .
Posted by Unknown On 01:47
Abu Utsman An-Naisaburi terdiam. Beliau tergamam sebenarnya dengan keberanian wanita itu melamarnya secara terus terang . " Aku benar-benar mencintaimu , Abu Utsman ," tutur wanita itu malu-malu , meluahkan perasaannya . " Aku memohon , atas nama Allah , nikahilah aku . Aku mengharapkan kesudianmu ." 

Oh ! Dari manakah datangnya keberanian wanita itu ? Setelah meminangnya , wanita itu terus meninggalkan Abu Utsman tanpa menunggu jawapannya . 
Posted by Unknown On 01:00
Terdapat seorang pemuda dari Bani Sulaim yang namanya Sa'ad bin Assulami . Sebenarnya beliau datang dari keluarga terkemuka dalam kabilah itu . Tetapi oleh kerana wajahnya yang hitam dan hodoh , Sa'ad sering dipinggirkan oleh kabilahnya sendiri .

Atiqah binti Amru pula adalah seorang gadis yang cantik dan bijak . Beliau dan keluarganya adalah dari Bani Tsaqif dan baru sahaja memeluk Islam . Secara umumnya , mereka tidak mungkin bersatu lantaran jurang perbezaan yang besar .
Sa'ad yang hodoh dan sentiasa merasa rendah diri dan Atiqah pula seorang yang cerdik dan sentiasa mendapat perhatian . Sa'ad tidak pernah mengenali Atiqah dan Atiqah juga tidak pernah mengenali Sa'ad .

Friday 24 May 2013

Posted by Unknown On 21:49

" Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah . Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa . Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik . Aku mencari segala bentuk rezeki tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar ."  - Saiyidina Umar al-Khattab                                                                      

Thursday 23 May 2013

Posted by Unknown On 20:15
Ali Bin Abi Talib sangat menyayangi Fatimah binti Muhammad . Dari kecil lagi rasa sayang itu sudah ada . Ali mengagumi ketabahan Fatimah yang setia di sisi ayahnya walaupun seluruh musyrikin Mekah menentang dan menghina .

Fatimah gadis lembut , gadis santun bersemangat waja tetapi tegas dan jiwanya kuat . Beliau gadis impian ramai pemuda . Wajahnya yang bersih dan mulus memikat menambahkan rasa sayang dalam hati Ali .

Ya , hatinya begitu kecewa mendengar Abu Bakar As-Siddiq melamar Fatimah . Wajahnya tertunduk hampa dan semakin tunduk apabila membandingkan dirinya dengan Abu Bakar .
Posted by Unknown On 07:06

Di dalam rumahnya beliau berselindung sehingga tidak ramai yang pernah melihat wajahnya . Suaranya juga sukar menyapa telinga bahkan beliau juga sangat jarang berurusan dengan sesiapa . Gadis itu diibaratkan orang seperti bidadari yang turun ke dunia .



Gadis itu benar-benar memelihara diri dan kehormatannya , seperti mutiara indah yang tersimpan jauh di dasar laut . Tetapi sesiapa yang pernah menemuinya mengatakan wajahnya cantik , suaranya lunak dan peribadinya terhormat .

Gadis itu pernah mendengar khabar mengenai seorang pemuda saleh yang setiap masanya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah . Beliau belum pernah menemuinya , tetapi khabar itu telah menerbitkan rasa cinta dalam hatinya terhadap pemuda itu .