Saturday 13 July 2013

Posted by Unknown On 10:04
  Pesanan Khas Buat Remaja dan Generasi Muda  
Kita dibuai , digoda , dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar , indah dan berbunga . Bukalah radio dan TV , cerita , drama , filem cinta lagi , lagi dan lagi ! Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi di mana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi . Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela .

Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang 'baik' mengenai pasangan dan meremehkan segala keburukannya ! Ya , itulah hakikat . Tapi mereka yang TAHU dan hidup dalam alam realiti akan cepat menggunakan akal dan mengawal berahi yang penuh fantasi . 

Ya ! Bangunlah kepada realiti ! Semua mahu mencintai dan dicintai , tapi kawallah diri dan pilihlah untuk bercinta di alam realiti .



Bagi mereka yang bijak mereka berpijak di bumi bukan pelangi . Cinta yang dipenuhi dengan berahi bukan cinta sejati . Zina dalam apa jua bentuk dan kononnya menyayangi atas dasar nafsu seksual semata-mata BUKANLAH cinta hakiki atau bersifat abadi . Apabila bangun untuk hidup di alam realiti dan bukan fantasi anda perlu membuat keputusan itu dengan sedar , kadangkala perlu ditampar muka sendiri berulang kali .

Jangan diberi minda ini makan dengan adegan ciptaan dari filem cinta semata-mata . Itu semua tidak wujud . Hakikat cinta sebenar jauh bezanya . Cinta akan datang dan pergi , turun dan naik . Selepas berkahwin bersiap sedialah untuk bergaduh kadangkala pula membenci . Untuk kadangkala sakit hati . 

Namun cinta memaafkan , cinta melihat bagaimana sebenarnya kita ketika ketiadaan wang misalnya . Cinta memberi harapan untuk membaiki diri . Cinta memajukan dan memberi inspirasi  .

Cinta sejati tidak merosakkan diri . Ya, itulah cinta . Cinta memerlukan usaha bersungguh , memerlukan kita untuk mencabut lalang-lalang yang suba merosakkannya . 


Ianya bukan sekadar perasaan berahi semata-mata . Perbetulkan persepsi . Jangan sesekali kita berkahwin atas dasar cinta berahi semata-mata . Percayalah ianya tidak akan kekal lama .

Ya ! Tidak ada sesiapa yang dalam menghalang perasaan suka , minat , jatuh hati anda dengan seseorang . Cinta tidak salah , perasaan berahi dalam cinta juga tidak salah kerana ianya fitrah , namun apa yang anda lakukan dengan perasaan itu akan menenentukan jalan cerita yang seterusnya .

Matlamatnya yang utama adalah membina keluarga Islam sejati kerana antara hadiah paling berharga dalam hidup ini adalah memiliki keluarga paling gembira dan bahagia . Selamat berjaya dan mencari cinta . Pilihlah realiti bukan fantasi .

Wallahu'alam ...


Sumber : BADAR SM Sains Tuanku Munawir , Seremban ( SASER )

0 comments:

Post a Comment