Monday 27 May 2013

Posted by Unknown On 01:50
Siapa tidak kenal dengan Siti Zulaikha ? Wanita yang dianugerahkan kecantikan oleh Allah untuk dijodohkan dengan manusia tampan , Nabi Yusuf . Kisah mereka bermula begini :

Zulaikha terus bertahan dalam cintanya terhadap Yusuf . Walaupun Yusuf adalah anak angkat yang dibelanya sejak kecil , tetapi cintanya kepada pemuda itu tumbuh subur seiring dengan kedewasaan Yusuf . Zulaikha tergoda dengan ketampanan Yusuf . 

Ditambah pula dengan ketaatan , akhlak dan ketinggian budi yang dimiliki oleh Yusuf . 

Zulaikha sudah berkahwin dengan salah seorang pegawai tinggi di negeri itu . Tetapi Zulaikha tidak peduli . Cintanya terhadap Yusuf lebih dalam dari cintanya terhadap suaminya sendiri . Suaminya itu juga tidak mempedulikannya kerana sibuk dengan kerjanya . Malah sepanjang pernikahan mereka , beliau tidak pernah disentuh oleh suaminya itu . Zulaikha terus berada di samping suaminya kerana kemewahan yang dilimpahkan kepadanya dan merasa selamat berada di dalam mahligai besar itu .
Zulaikha tidak dapat lagi menahan hati lalu beliau merancang sesuatu . Beliau memanggil Yusuf masuk ke biliknya dan menggoda pemuda itu . Beliau menutup semua pintu dan tingkap di bilik itu . Yusuf terkejut dan segera berpaling mahu melarikan diri . Zulaikha yang tidak menyangka tindakan Yusuf itu segera mengejarnya dan menarik baju Yusuf sehingga terkoyak . Dalam kekalutan , pintu bilik itu terbuka dan suami Zulaikha muncul .




" Apa yang berlaku ?" Tanyanya dengan marah . " Beliau mahu memaksa aku menuruti kemahuannya ," Zulaikha terus membela dirinya . Beliau ketakutan .

" Itu tidak benar !" tegas Yusuf pula . 




Atas kuasa Allah , seorang bayi yang turut berada di rumah itu berkata , " Periksalah baju pemuda itu , jika koyak di hadapan , beliau bersalah . Tetapi jika koyak di belakang , wanita itu yang bersalah ."

Tanpa berfikir panjang , suami Zulaikha segera memeriksanya . Baju Yusuf terkoyak di belakang sekali gus menunjukkan isterinya yang bersalah . Alangkah malunya Zulaikha , di mana harus diletakkan muka jika peristiwa itu diketahui orang ?

" Aku lepaskan engkau , Yusuf . Engkau tidak bersalah . Tetapi jika kau memberitahu peristiwa ini kepada sesiapa , kau akan ku hukum dengan keras !" amaran suami Zulaikha kepada Yusuf . 

Namun , mulut manusia tiada siapa mampu tutup . Beberapa orang pembantu Zulaikha turut menyaksikan kekecohan itu . Tidak perlu menunggu masa yang lama , peristiwa memalukan itu tersebar ke seluruh negeri sehingga nama Zulaikha menjadi busuk dan diumpat keji .

Zulaikha menjadi malu dan malunya bertukar marah . Beliau mesti menunjukkan kepada teman - temannya mengapa beliau boleh menjadi tidak keruan dan gila kerana terlalu cintakan Yusuf . Beliau pun menjemput teman-temannya itu menghadiri jamuan di rumahnya . Setiap tetamu diberikan sebilah pisau dan sebiji buah . Ketika para tetamu asyik memotong buah sambil berbual-bual , Zulaikha berpura-pura menyuruh Yusuf keluar membawa hidangan untuk tetamu - tetamunya itu . Yusuf mentaatinya .

Teman-temannya itu terpaku sebaik saja melihat Yusuf . Inikah pemuda yang dicintai oleh Zulaikha itu ? Subhanallah . Adakah ini malaikat atau manusia ? Zulaikha tersenyum sinis melihat teman-temannya terpegun melihat wajah Yusuf sehingga tidak sedar tangan mereka sudah terluka dihiris pisau .

" Inilah orang yang telah membuatkan aku menjadi gila . Sedangkan kamu semua yang baru sebentar melihat wajahnya pun sudah tergoda , inikan pula aku yang setiap hari bersamanya ," kata Zulaikha membalas umpat keji teman-temannya itu terhadap dirinya sebelum ini .

Masa berlalu pantas . Cinta Zulaikha tidak pernah padam . Tetapi beliau tahu yang Yusuf tidak akan sekali-kali tunduk kepadanya . Hatinya sudah tidak tahan lagi menanggung beban cinta itu lalu beliau tekad menemui suaminya . " Engkau sudah tahu perasaanku terhadap Yusuf . Jujurnya , aku tidak sanggup menanggungnya lagi sedangkan aku isterimu . Penjarakannya . Bawalah beliau jauh dari mataku . Namaku juga akan bersih jika kau menghantarnya ke penjara ," pujuknya .

Walaupun berat hati , suaminya menuruti permintaannya . Yusuf sendiri lebih rela dipenjarakan dari menjadi fitnah maksiat Zulaikha dan teman-temannya . Zulaikha melihat pemergian Yusuf dengan pandangan yang sayu . Hatinya tiba-tiba terasa kosong dan dunia menjadi sepi . Belum pun lama Yusuf meninggalkannya , rindunya sudah meronta-ronta .



Zulaikha mula berbubah menjadi pendiam . Sehingga apabila suaminya meninggal dunia , Zulaikha tetap hidup sendiri . Menyesali keterlanjuran cinta nafsunya , beliau pun merayu keampunan Allah tanpa henti . Merindui kebaikan dan kejujuran Yusuf , beliau pun menangis setiap hari . Zulaikha terus terpenjara dalam cintanya .



Dengan takdir Allah , pemerintahan negara itu bertukar tangan . Raja yang baru telah memerintahkan semua pesalah termasuk Yusuf diadili semula . Wanita-wanita yang tangan mereka terluka ketika melihat Yusuf turut dipanggil sebagai saksi . Malah Zulaikha juga diminta bersumpah supaya menceritakan hal yang sebenar .

Zulaikha pula tinggal di rumahnya di pinggir sebuah kampung . Di situ beliau bersendiri sejak suaminya meninggal . Setiap hari , beliau merindui Yusuf dan menyesali kesilapan - kesilapannya . Kerinduan dan penyesalan itu bersatu sehingga benih keinsafan mula bersemi dalam dirinya . Benih itu pula dengan izin Allah , keinsafan itu membuka pintu hati Zulaikha bagi menerima hidayah Allah . 

Sementara itu , Yusuf diberikan jawatan sebagai Menteri Kewangan setelah dibebaskan . Suatu hari , beliau berjalan di hadapan rumah Zulaikha . Kebetulan , Zulaikha ternampak kelibat Yusuf lalu menyapanya . Yusuf terkejut apabila seorang perempuan tua menegurnya .

" Siapa engkau ?"

" Akulah orang yang amat mencintaimu sehingga cintaku itu membawamu ke penjara ," jawab Zulaikha .

" Adakah kau Zulaikha ?" tanya Yusuf .

" Ya ," jawab Zulaikha . Yusuf bagai tidak percaya . Wajah Zulaikha terlalu tua tidak bermaya . Matanya rabun dan pendengarannya sudah tidak tajam .

" Apakah perasaanmu masih sama ?"

" Ya ," jawab Zulaikha .

" Apa yang engkau mahukan sekarang , Zulaikha ?"

" Kecantikan , kemewahan dan bernikah denganmu ," Zulaikha menjawab dengan jujur .

Sebaik saja mendengar jawapan itu , Yusuf terus meninggalkan Zulaikha . Tidak lama selepas itu , Jibril datang menemuinya dan memberitahu Yusuf , Allah telah melamarkan Zulaikha untuk Yusuf . Pada mulanya Yusuf enggan , tetapi apabila Jibril memberitahu mengenai lamaran itu , beliau akhirnya bersetuju .

Allah telah mengembalikan keremajaan Zulaikha dan akhirnya Yusuf dan Zulaikha bernikah . Namun , cinta Zulaikha ketika itu hanya terarah kepada Allah . Khilaf cintanya terhadap Yusuf sebelum itu , membangunkan jiwanya yang telah lama terlena . Cinta itu akhirnya menemukannya dengan si Pemilik Cinta .



TAMAT.

0 comments:

Post a Comment