Thursday 30 May 2013

Posted by Unknown On 21:18
Pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah ini merupakan perkara-perkara yang mudah dilakukan asal sahaja ada kemahuan demi meningkatkan keimanan dalam diri . Tetapi , berapa ramaikah yang bersedia mengikuti pesanan Rasulullah s.a.w. itu ?

Di antara pesanan Rasulullah S.A.W. kepada kaum lelaki ialah :
* Hendaklah bangun mengerjakan solat pada pertengahan malam walaupun hanya sekadar dua rakaat pendek . Ini kerana orang yang bangun bersujud pada Allah akan sentiasa dekat dengan Pencipta-Nya 

* Lazimkan diri menyebut nama Allah sebelum terbit fajar dan terbit matahari . Ganjaran yang besar daripada Allah bagi yang mengamalkan perkara ini .

* Biasakan diri berdoa antara azan dan iqamat . Sesungguhnya doa itu tidak akan dibiarkan .

* Barang siapa yang Allah memberinya nikmat dia bersyukur dan Allah memberinya dugaan dia bersabar dan jika berbuat jahat dia memohon ampun , nescaya bolehlah dia masuk ke syurga dari mana-mana pintu yang dikehendaki .

* Amalkan memanjangkan zikir dan membaca al-Quran setiap kali selesai solat Subuh .

* Sesiapa yang mengamalkan surah Al-Mulk dan as-Sajadah sebelum tidur pada setiap malam , maka Allah akan mengutuskan teman untuknya di dalam kubur .

* Tebarkan salam sesama muslim kerana ia menggambarkan ketinggian akhlak , kemuliaan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam .

Wallahu'alam . ^_^

0 comments:

Post a Comment