Thursday 30 May 2013

Posted by Unknown On 20:23
Agama Islam amat memuliakan kaum wanita . Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh terbaik yang memberikan layanan istimewa kepada kaum wanita . Begitu juga agama Islam yang dibawa ini . 

Oleh itu , mana-mana lelaki yang memberikan layanan buruk terhadap wanita , maka dia boleh diumpamakan sebagai sejahat-jahat manusia . Wanita mukminah adalah lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari syurga .


Wanita mukminah yang dimasukkan ke dalam syurga kerana ketaatan kepada agama adalah lebih baik dan darjat mereka lebih tinggi berbanding bidadari syurga . Hal ini dinyatakan dalam banyak hadis yang dinilai lemah oleh para ulama . 

Walau bagaimanapun , wanita dunia yang beramal soleh kemudian dimasukkan ke dalam syurga sebagai balasan ke atas amal kebajikan dan kemuliaan , sudah tentulah lebih baik daripada bidadari syurga .

Mereka menempuh pelbagai ujian , cabaran dan kesusahan di dunia ketika melakukan suruhan dan meninggalkan larangan agama sebelum dapat mengecapi nikmat syurga yang disediakan Allah Azza Wa Jalla .

Sedangkan bidadari syurga pula adalah makhluk Allah yang dijadikan di dalam syurga sebagai balasan terhadap orang mukmin yang taat kepada perintah Allah dan melakukan amal soleh .

Seorang wanita solehah tidak dinilai daripada kecantikan tetapi juga daripada ketelusan hati yang tersembunyi . Ia juga bukan dilihat daripada bentuk tubuh yang mempesona tetapi dilihat sejauh mana ia menutupi bentuk tubuh yang mempesona itu .

Seterusnya , seorang wanita solehah juga bukan dilihat berpandukan sebanyak mana kebaikan yang dilakukan tetapi keikhlasan hati ketika melakukan kebaikan itu .

Wanita solehah juga bukan dilihat daripada kepetahan bercakap tetapi apakah yang dibicarakan sama ada perkara yang baik-baik atau sebaliknya seperti mengata atau mengumpat yang menjadi kebiasaan wanita moden pada zaman ini .

Allah mengingatkan ,
" Janganlah perempuan - perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga mengghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik ."

Peranan Siti Khadijah yang berkorban kepada suaminya juga amat wajar dicontohi kaum wanita Islam hari ini . Sehinggakan Rasulullah S.A.W. bersabda ,

" Dia (Khadijah) beriman kepadaku ketika semua orang ingkar . Dia mempercayaiku ketika semua orang berdusta . Dia memberikanku harta ketika orang lain enggan memberi dan daripadanya aku memperolehi keturunan ."

Wallahu'alam . ^_^

0 comments:

Post a Comment