Indah sungguh budinya , seindah rupa parasnya . Beliau seorang yang amanah dan bertanggungjawab sehingga digelar Al-Amin . Tidak pernah sekalipun beliau berdusta . Setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar dan tidak pernah ada perkataan yang cela .
Khadijah mula menaruh hati terhadap pekerjanya itu , iaitu Muhammad S.A.W. Beliau terpikat dengan kesantunan dan ketinggian budi Muhammad . Pada mulanya beliau menyenangi cara kerja Muhammad , kemudian bertukar menjadi kagum dengan kemuliaan pekertinya .
Seterusnya , perasaan itu bertukar menjadi kasih sebelum akhirnya menjadi cinta . Tetapi beliau hanyalah seorang janda yang sudah berusia dan telah mempunyai dua orang anak .
Manakala Muhammad pula adalah pemuda tampan yang jauh lebih muda darinya . Belum cuba belum tahu , Khadijah pun mengutuskan seorang temannya yang bernama Nafisah untuk bertemu Muhammad dan menyampaikan hajatnya .
" Muhammad , mengapa kau tidak berkahwin lagi ? Bukankah umurmu ini sudah layak untuk kau bernikah ?" tanya Nafisah .
Muhammad yang ketika berusia 25 tahun menjawab , " Aku mahu tetapi kewanganku masih belum cukup untuk aku menanggung keluargaku ."
Nafisah melihat jawapan Muhammad itu sebagai peluang untuknya menyampaikan hasrat Khadijah . " Apakah kau sudi menerima seorang wanita janda yang lebih usia daripadamu sebagai isteri ? Jangan fikirkn tentang maharnya kerana beliau tidak memandang hartamu ," kata Nafisah .
Muhammad terdiam seketika sebelum bertanya , " Siapa dia ?" Nafisah menjawab , " Kalau kau bersedia , aku akan mengenalkannya kepadamu dan akan menguruskan segala-galanya untuk kamu berdua ."
Tidak lama selepas itu , baru Muhammad tahu , wanita yang dimaksudkan oleh Nafisah itu adalah majikannya sendiri , Khadijah .
Wanita yang dipandang tinggi oleh Muhammad kerana begitu menjaga kebajikan pekerjanya . Wanita itu dari golongan bangsawan dan berharta .
Wanita yang dipandang tinggi oleh Muhammad kerana begitu menjaga kebajikan pekerjanya . Wanita itu dari golongan bangsawan dan berharta .
Banyak lamaran dari lelaki-lelaki yang setaraf dengannya telah ditolak . Khadijah seorang yang berpendirian dan tegas , tetapi juga seorang yang lembut dan penuh santun . Fikirannya luas dan bijak . Rupa parasnya juga menyenangkan walaupun usianya sudah pun 40 tahun .
Setelah berbincang dengan ahli keluargnya , Muhammad menyatakan persetujuan untuk menerima lamaran Khadijah . Mas kahwin dan keseluruhan perbelanjaan majlis pernikahan mereka akan ditanggung oleh Khadijah . Betapa Muhammad bersyukur atas jodohnya itu .
Khadijah menjadi isteri yang solehah . Beliau begitu taatkan Muhammad walaupun beliau jauh lebih tua dan kaya dari Muhammad . Kerananya , Muhammad semakin dipandang tinggi oleh masyarakatnya dan kerana Muhammad pula , kedudukan Khadijah semakin mulia di mata mereka .
Tidak pernah sekalipun Khadijah melukakan hati suaminya itu . Seluruh cintanya dilimpahkan kepada Muhammad sehingga Muhammad begitu menyanjungi cintanya . Ketika Muhammad pertama kali diseru sebagai utusan Allah , Khadijah mempertahankan Muhammad dengan harta dan nyawanya . Beliau sentiasa di sisi Muhammad dalam setiap waktu susah dan senang mereka .
Cinta Khadijah itu kekal subur di hati Muhammad walaupun isterinya itu telah lama meninggalkannya untuk menghadap Allah . Walaupun Muhammad mengahwini beberapa orang wanita selepas itu termasuk salah seorang isteri kesayangannya , Aisyah , api cintanya terhadap Khadijah tidak pernah padam . Tidak mungkin Muhammad melupakan segala kebaikan dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh Khadijah terhadap dirinya .
" Dia beriman kepadaku ketika mereka ingkar terhadapku , dia membenarkan aku ketika mereka mendustakan aku dan dia membantuku dengan hartanya ketika mereka tidak memberiku apa-apa . "

TAMAT.
0 comments:
Post a Comment