Di dalam rumahnya beliau berselindung sehingga tidak ramai yang pernah melihat wajahnya . Suaranya juga sukar menyapa telinga bahkan beliau juga sangat jarang berurusan dengan sesiapa . Gadis itu diibaratkan orang seperti bidadari yang turun ke dunia .
Gadis itu benar-benar memelihara diri dan kehormatannya , seperti mutiara indah yang tersimpan jauh di dasar laut . Tetapi sesiapa yang pernah menemuinya mengatakan wajahnya cantik , suaranya lunak dan peribadinya terhormat .
Gadis itu pernah mendengar khabar mengenai seorang pemuda saleh yang setiap masanya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah . Beliau belum pernah menemuinya , tetapi khabar itu telah menerbitkan rasa cinta dalam hatinya terhadap pemuda itu .
Namun begitu , ada sedikit rasa cemburu tumbuh dalam hatinya . Setinggi manakah kesalehan pemuda itu ? Benarkah pemuda itu memiliki akhlah yang cukup terpuji ? Seteguh manakah ketakwaan pemuda itu kepada Tuhannya ?
Lalu beliau memberanikan diri menulis surat untuk bertemu pemuda itu . Beliau tidak tahu apakah pemuda itu mahu menemuinya . Tanpa disangka , suratnya mendapat balasan . Pemuda itu bersetuju untuk bertemu dengan ditemani mahramnya . Hatinya berdebar tiba-tiba . Adakah benar tindakannya itu ?
Apabila tiba hari ditetapkan , beliau dan seorang saudaranya menuju ke tempat yang dijanjikan . Tidak lama beliau menunggu , pemuda itupun muncul .
Hanya kata-kata pujian Subhanallah sahaja yang mampu dituturkannya . Tatkala melihat wajah pemuda itu , beliau tidak tahu setampan manakah Nabi Yusuf , tetapi pemuda itu sangat tampan di matanya . Serta merta beliau mengalih pandangannya , bimbang rasa cinta yang sudah terbit dalam hatinya sejak mendengar khabar mengenai pemuda itu bertukar menjadi keinginan yang mengundang maksiat apabila melihat wajah pemuda itu dengan lama .
" Maha Suci Allah yang telah menganugerahkanmu dengan wajah yang tampan ," katanya .
Pemuda itu tersenyum sambil menundukkan wajah . " Alhamdulillah , tetapi semuanya akan menjadi santapan cacing dan ulat setelah jasadku dikuburkan ," jawabnya .
Sejuk hati gadis itu mendengar jawapan tawadhuk dari pemuda itu . Lantas timbul keinginan untuk menguji pemuda saleh itu .
" Tidakkah kau mahu merasakan kelembutan tanganku ?" tanyanya .
Pemuda itu masih tersenyum dan menjawab , " Hanya Allah yang tahu hatiku . Tetapi aku tidak mahu kulitku dan kulitmu menjadi santapan api neraka hanya kerana bersentuhan tanpa akad yang sah ."
Gadis itu mengalah . Benarlah khabar yang mengatakan pemuda itu seorang yang saleh dan begitu menjaga agamanya .
" Aku telah menyintaimu sejak aku mendengar khabar mengenaimu , sedangkan ketika itu aku tidak pernah bertemu denganmu . Sekarang , cinta itu semakin mekar dan aku tidak tahu adakah aku akan dapat menahannya ," gadis itu meluahkan perasaannya dengan jujur .
" Berhati-hatilah dengan urusan hati . Itulah tempat syaitan membisikkan syahwat yang hanya akan membinasakan diri . Aku tidak mahu menjadi musuhmu di akhirat nanti . Bertakwalah kepada Allah , kerana orang-orang yang bertakwa akan saling menjadi sahabat di syurga nanti ," jawab pemuda itu .
Gadis itu tertunduk malu . Betapa beliau telah dihanyutkan oleh perasaan yang melalaikan terhadap pemuda itu .
Sejak pertemuan itu , gadis itu sentiasa merindui pemuda itu . Cintanya juga semakin bertambah . Namun rasa rindu dan cintanya itu diadukan hanya kepada Allah sehingga beliau menjadi salah seorang ahli ibadah .
Akhirnya suatu hari , datang lamaran dari pemuda saleh yang dicintainya itu . Hati si gadis sangat gembira tetapi beliau terfikir sesuatu , " Mengapa engkau tidak terus melamarku setelah pertemuan hari itu ?"
" Sebenarnya aku sudah jatuh cinta terhadapmu sejak hari itu . Tetapi aku mahu memastikan cintaku itu bukan kerana nafsu . Oleh kerana itu , aku mengambil masa bagi membersihkan hatiku dan melamarmu setelah aku benar-benar yakin , cintaku terhadapmu adalah kerana Allah , bukan kerana tergoda denganmu ," jawab pemuda itu .
Kali ini gadis itu pula tersenyum . Itulah jawapan yang dimahukannya . Mereka pun bernikah dan membina cinta dengan harapan cinta itu dapat menjadi titi ke syurga nanti . In sha Allah
Tamat .
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/saat-memulai-hubungan-baru-bicarakan-4.html
ReplyDeletehttp://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/glaukoma-penyebab-terbesar-orang-jadi.html
http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/deretan-fitur-canggih-timbangan-berat.html
QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
• BB : 2B3D83BE
Come & Join Us!