Saturday 27 April 2013

Posted by Unknown On 23:44
Keampunan Bagi Yang Mengerjakan Haji 
( Pengalaman Abu Abdullah Al-Jauhari )

Abu Abdullah Al-Jauhari pergi ke tanah suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima pada suatu musim haji . Ketika sedang berada di Arafah , beliau tertidur pada saat akhir malam dan bermimpi dua melihat dua malaikat sedang turun dari langit . 

Sesampainya di bumi , kedua-dua malaikat itu berbual-bual di antara satu sama lain .


" Berapa ramai orang berhimpun di sini pada tahun ini ?" tanya seorang malaikat . " Pada tahun ini ada seramai 600,000 orang , tapi tidak ada yang diterima hajinya melainkan hanya 6 orang sahaja ," jawab malaikat yang lain .



Posted by Unknown On 17:41
Puteri Raja Dengan Lelaki Miskin 
( Cerita Orang - Orang Soleh )

Disebutkan dalam catatan cerita lama bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang wara' dan solehah di kalangan Bani Israil . Dia seorang puteri raja , wajahnya cantik dan akhlaknya sangat baik , sehingga ramai yang ingin meminangnya untuk dijadikan isteri . Padanya memang terkumpul sifat-sifat wanita idaman , yakni cantik , berharta , berketurunan terpandang dan beragama . 

Pada suatu hari , seorang lelaki yang juga anak raja datang meminangnya untuk dijadikan isteri . Namun , perempuan itu tidak tertarik pada pinangan lelaki keluarga istana , dia tidak mahu bersuamikan lelaki yang datang meminangnya . Sebaliknya dia ingin mencari sendiri pasangan hidup yang sesuai dengan keinginan hatinya . 
Posted by Unknown On 16:36

Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi . 

Entah siapa nama sebenar , tapi orang ramai biasa memanggilnya Puan Bahiyah . 

Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada sunat apalagi yang wajib .

 Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya mengunggu waktu solat sambil berzikir , membaca al-Quran ataupun solat sunat . 

Apabila merasa ajalnya hampir tiba , dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa , " Wahai Tuhanku ! Wahai Tuhan yang selalu kukenang ! Wahai Tuhan tempatku mengadu ! Wahai Tuhan tempatku berpegang dikala hidupku dan dikala matiku ! Janganlah Engkau hinakan aku di saat-saat kematian , jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku !"
Posted by Unknown On 16:18
Hukuman Ingkar Janji Seorang Sufi 
( Cerita Orang - Orang Soleh )

Diceritakan bahawa ada seorang soleh yang pandangannya hanya ditujukan kepada akhirat serta keindahan syurga , sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan dunia agar tidak merasa tertarik kepadanya . 

Pada suatu hari ketika dalam suatu perjalanan , dia lalu di sebuah pasar tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat pada sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai . 


Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga lupa akan janjinya kepada Allah , maka dia memandangnya dengan agak lama .

Posted by Unknown On 07:56
Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang, Jika kesehatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di depannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Kaa'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" 

Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" 

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.