Saturday 27 April 2013

Posted by Unknown On 16:18
Hukuman Ingkar Janji Seorang Sufi 
( Cerita Orang - Orang Soleh )

Diceritakan bahawa ada seorang soleh yang pandangannya hanya ditujukan kepada akhirat serta keindahan syurga , sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan dunia agar tidak merasa tertarik kepadanya . 

Pada suatu hari ketika dalam suatu perjalanan , dia lalu di sebuah pasar tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat pada sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai . 


Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga lupa akan janjinya kepada Allah , maka dia memandangnya dengan agak lama .



Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat pada barang jualannya , tapi tidak juga mahu membelinya . Lalu dia menoleh pada barang jualannya , ternyata dengan takdir Allah , tali pinggang ghaib dari pandangannya . Maka tidak ada sesiapa yang dicurigai di situ kecuali orang sufi yang sedang berada di tempat itu . Dia segera melompat dan memegang tangan orang sufi itu kuat-kuat , menengking dan menuduhnya sebagai pencuri .

" Hai saudara ! Kau orang soleh , tapi buat macam ini ," kata tuan punya kedai . " Apa maksudmu itu wahai saudara ?" kata orang sufi yang tersedar dari kelalaiannya . " Aku tengok engkau ini orang sufi , tetapi mencuri ." kata si punya kedai lagi . " Hei,apa yang aku curi ?" " Engkau telah mencuri tali pinggangku ." " Demi Allah . Aku tidak mencuri apa-apa barangmu ." sangkal orang soleh sambil bersumpah .

Maka terjadilan perbalahan dan perang mulut antara tuan punya kedai dan orang soleh itu . Yang satu menuduh mencuri dan yang lain mempertahankan bahawa dirinya tidak mencuri .

Memang orang soleh itu tidak berniat buruk , jauh sekali dari mencuri .Itu semua berlaku kerana takdir Allah sebagai balasan bagi orang sufi yang melanggar janjinya kepada Allah . Kerana perselisihan mereka berpanjangan , maka sampailah ke hadapan penguasa setempat untuk mencari keadilan . Penjual tali pinggang menceritakan kepada penguasa bahawa orang soleh itu telah mencuri tali pinggangnya .

" Wahai lelaki ! Apakah patut perkara ini dilakukan oleh orang soleh ?" tanya Amir . " Demi Allah , aku tidak mencuri apa-apa ." jawabnya sambil menangis . Lelaki itu tidak mengaku kerana memang tidak merasa mengambil apa-apa dari kedai tersebut . Tiba-tiba salah seorang yang hadir di situ berkata , " Singkap bajunya ! "

Mereka menyingkap baju orang soleh itu dan ternyata di pinggangnya ada tali pinggang terlilit . Mengetahui hal ini , lelaki soleh itu memekik kuat seolah-olah hampir mati ketika itu juga , kemudian pengsan kerana terkejut yang luar biasa . " Ambilkan rotan !" kata Amir .

Setelah rotan siap di tangannya , Amir bersedia untuk merotan lelaki yang sedang pengsan itu . Begitu dia mengangkat tangannya , tiba-tiba terdengar suara , " Wahai hamba Allah ! Jangan engkau pukul wali Allah itu . Perkara ini berlaku hanya sebagai cubaan kepada engkau !" Amir terkejut yang luar biasa , dia menjerit kuat sehingga hampir-hampir rohnya terpisah dari badannya . Dia lalu rebah ke bumi dan pengsan di tempat itu juga . Kedua-dua orang yang sama-sama takwa kepada Allah sama-sama pengsan .



Sebentar kemudian si lelaki soleh sedar dari pengsannya , kemudian mengangkat kepalanya ke langit lalu berdoa sambil menangis , " Wahai Tuhanku ! Aku mohon ampun kepadamu , aku telah mengetahui akan dosa-dosaku dan kesalahanku . Aku bersalah , begitulah akibat orang yang tersilap . Maka janganlah Engkau siksa aku wahai Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pelindung Manusia ."

Orang-orang yang hadir di situ turut menangis bersamanya . Tidak lama kemudian Amir sedar dari pengsannya , dia lalu mencium tangan dan kaki orang soleh itu . " Wahai kekasihku , bagaimana perkara ini boleh berlaku ?" tanya Amir kepada orang soleh .

Orang soleh menceritakan bahawa dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melihat pada perhiasan dan barang-barang cantik di dunia . Kemudian dia lalu di sebuah pasar dan terlihat pada tali pinggang yang indah . Dengan takdir Allah dia terlalai di situ . Dia tidak tahu apa yang terjadi , melainkan lelaki penjual tali pinggang itu tiba-tiba menyerangnya dan menuduhnya pencuri , padahal dia tidak tahu ceritanya .


Amir faham bahawa tali pinggang yang dijumpai di pinggang orang soleh adalah atas kehendak-Nya , sebagai balasan baginya yang melanggar janji . Wallahu'alam .

0 comments:

Post a Comment