Sunday 26 May 2013

Posted by Unknown On 01:00
Terdapat seorang pemuda dari Bani Sulaim yang namanya Sa'ad bin Assulami . Sebenarnya beliau datang dari keluarga terkemuka dalam kabilah itu . Tetapi oleh kerana wajahnya yang hitam dan hodoh , Sa'ad sering dipinggirkan oleh kabilahnya sendiri .

Atiqah binti Amru pula adalah seorang gadis yang cantik dan bijak . Beliau dan keluarganya adalah dari Bani Tsaqif dan baru sahaja memeluk Islam . Secara umumnya , mereka tidak mungkin bersatu lantaran jurang perbezaan yang besar .
Sa'ad yang hodoh dan sentiasa merasa rendah diri dan Atiqah pula seorang yang cerdik dan sentiasa mendapat perhatian . Sa'ad tidak pernah mengenali Atiqah dan Atiqah juga tidak pernah mengenali Sa'ad .

Sa'ad sudah beberapa kali cuba meminang beberapa orang gadis di bandar itu . Tetapi mereka semua menolak pinangan Sa'ad . Sa'ad merasa sedih . Apakah beliau akan hidup membujang sehingga tua kerana tidak ada seorang gadis pun yang terpikat dengannya ?

Dengan hati yang sedih , Sa'ad pergi menemui Rasulullah , " Wahai Rasulullah , apakah seseorang yang wajahnya hitam dan hodoh akan terhalang dari masuk syurga ?"


Rasulullah S.A.W. tersenyum dan menjawab , " Wahai Sa'ad , janganlah kamu bimbang . Selama kamu yakin kepada Allah dan ajaran Rasul-Nya , tiada apa yang dapat menghalangmu dari masuk syurga ."

Buat seketika Sa'ad merasa lega . Namun kemudian beliau mula merasa hiba semula apabila terkenangkan jodohnya yang entah ada entah tidak itu . Lalu beliau mengadu sekali lagi kepada Rasulullah , " Wahai Rasulullah , saya pernah meminang beberapa orang gadis tetapi mereka semua menolak pinangan saya kerana wajah saya yang hitam dan hodoh ini ."

Rasulullah pun berkata kepadanya , " Mahukah kamu mengahwini Atiqah binti Amru ? Dia anak gadis Amru bin Wahab dari Bani Tsaqif . Mereka baru sahaja memeluk Islam . Pergilah ke rumahnya dan khabarkan kepada Amru yang aku melamar Atiqah untukmu ."


Sa'ad pun mentaati perintah Rasulullah dan terus ke rumah Amru . Pada mulanya Amru menyambut Sa'ad dengan baik walaupun beliau tidak menyenangi dengan baik .


Amru berkata , " Siapa kamu dan apa tujuan ke mari ?"

Sa'ad menjawab , " Saya ialah Sa'ad bin Assulami dari Bani Sulaim . Rasulullah telah meminta aku ke mari bagi melamar puterimu , Atiqah ."



Amru begitu gembira . Beliau menyangka puterinya itu dilamar bagi dijadikan isteri oleh Rasulullah . Lalu Sa'ad segera berkata , " Bukan begitu . Rasulullah melamar Atiqah untuk diriku ."


Sebaik sahaja Sa'ad menyampaikan pesanan Rasulullah itu , Amru terus menolak pinangan Sa'ad dengan kasar dan menuduh Sa'ad berdusta . Sa'ad begitu sedih dan hiba . Beliau pun keluar dari rumah itu dan terus bertemu Rasulullah .

Atiqah mendengar apa yang berlaku . Baginya , beliau rela menerima Sa'ad jika itu adalah perintah Rasulullah . Cinta bukan semata - mata sandaran rupa tetapi yang lebih penting adalah barakah yang tersembunyi di dalamnya .


Atiqah pun berkata kepada ayahnya , " Selamatkanlah dirimu , wahai ayah , sebelum Allah menurunkan wahyu mengenai perbuatanmu terhadap Sa'ad . Jika benar Rasulullah melamar aku untuk pemuda itu , demi Allah , aku terima dengan hati terbuka dan redha dengan apa sahaja yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya ."


Mendengar kata-kata Atiqah , Amru segera tersedar dari kesilapannya . Beliau bergegas pergi menemui Rasulullah . Setelah bertemu , Rasulullah berkata kepadanya , " Inikah orang yang telah menolak lamaranku ?" 

Amru dengan segera menjawab , " Wahai Rasulullah , maafkanlah aku . Aku benar-benar menyangka pemuda itu berdusta . Jika benar engkau yang meminang anakku untuk pemuda itu , aku menerimanya dengan rela ."

Rasulullah pun tersenyum lalu menikahkan Sa'ad dengan Atiqah . Rasulullah berkata lagi , " Wahai Sa'ad , pergilah kamu menemui isterimu ."

Serta merta Sa'ad terdiam seketika sebelum berkata , " Wahai Rasulullah , saya tidak mempunyai wang untuk diserahkan kepada isteri saya sebagai maharnya . Saya perlu meminta kepada saudara saya dahulu sebelum saya pergi menemuinya ."

Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab , " Pergilah kepada Uthman bin Affan , Abdurrahman bin Auf dan Ali bin Abi Talib . Mahar kamu itu akan ditanggung oleh mereka . Kamu akan menerima 200 dirham dari setiap mereka . " Sa'ad pun menemui mereka bertiga . Alangkah bersyukurnya Sa'ad kerana menerima lebih daripada yang sepatutnya dari mereka .

Sebaik sahaja menerima wang itu , beliau bercadang membelikan sesuatu sebagai hadiah kepada isterinya . Ketika inilah Sa'ad mendengar suara Rasulullah , " Keluarlah kamu untuk berjihad di jalan Allah ! Keluarlah kamu untuk berjihad di jalan Allah !"

Langkah Sa'ad terhenti seketika apabila mendengar seruan itu . Beliau tahu Atiqah telah maklum mengenai pernikahan mereka dan sedang menantinya di rumah . Tetapi beliau sangat ingin menyertai jihad itu . Lalu beliau mengambil keputusan untuk menggunakan wang hadiah yang diterimanya itu bagi membeli kelengkapan perang termasuk kuda . 



Sa'ad memakai menyarungkan kepalanya sehingga hanya matanya sahaja kelihatan . Beliau tidak mahu Rasulullah mengenalinya kerana itu bermakna beliau telah mengingkari perintah Rasulullah supaya menemui isterinya . Beliau bukan tidak mahu mentaati Rasulullah , tetapi beliau lebih menginginkan syahid daripada memiliki seorang isteri .


Sa'ad berjuang bermati-matian dalam peperangan itu sehingga kudanya sendiri tidak kuat lagi . Beliau pun turun dari kudanya dan menyinsing lengan sambil mengayun dan menghunuskan pedang ke arah tentera musuh . Rasulullah S.A.W. ternampak lengan Sa'ad itu dan serta merta mengenali Sa'ad . Rasulullah terus bertanya , " Adakah kamu Sa'ad ?" Sa'ad mengaku dan terus menyambung perjuangannya sehingga beliau mati syahid .

Setelah peperangan itu selesai , Rasulullah segera mencari Sa'ad . Sebaik sahaja Rasulullah menemui jasad Sa'ad yang berlumuran darah dan sudah terbujur kaku itu , baginda terus meriba kepala Sa'ad sambil menguis tanah di wajahnya .

" Sungguh harum baumu , wahai Sa'ad . Allah dan Rasul-Nya sangat mengasihimu ," kata Rasulullah .

Kemudian baginda menangis , tertawa dan memalingkan muka . Salah seorang sahabat bertanya kepada baginda , " Wahai Rasulullah , mengapa engkau menangis , kemudian ketawa dan dan kemudian memalingkan muka ?"

Rasulullah S.A.W. pun menjawab , " Aku menangis kerana merindui Sa'ad dan aku ketawa kerana gembira dengan kemuliaan yang dikurniakan Allah kepadanya . Bidadari-bidadari pun berebut-rebut mahu mendekatinya sehingga betis mereka kelihatan . Oleh kerana itulah aku memalingkan muka ."

Selepas itu , Rasulullah pun meminta barang-barang Sa'ad dikumpul dan diserahkan kepada Atiqah , isteri yang telah dinikahinya tetapi tidak sempat ditemuinya . Atiqah menerima barang-barang itu dengan redha .

Rasulullah berkata kepada Amru , " Wahai Amru , Allah telah mengahwinkan Sa'ad dengan bidadari yang lebih cantik dari anak gadismu ."



TAMAT.

0 comments:

Post a Comment