Wednesday 29 May 2013

Posted by Unknown On 00:36
Kita dituntut untuk mengerjakan solat tepat pada waktunya dan ditegah sama sekali untuk melewat - lewatkannya .

Tentulah ada sebabnya mengapa kita disuruh berbuat demikian . Apa yang akan berlaku sepanjang sebelum kita menunaikan solat sukar dijangkakan . Rasulullah S.A.W. juga ada berpesan , ada tiga sebab mengapa kita digesa solat sebaik sahaja azan dilaungkan . Sebab - sebabnya ialah :



1. Ajal boleh datang bila-bila masa tanpa disangka-sangka .
2. Datangnya haid yang tidak disangka - sangka ( bagi kaum Hawa )
3. Kedatangan tetamu ke rumah tidak wajar hendak ditolak sedangkan waktu itu kita belum
    menunaikan solat .

Suatu ketika , Saad bin Abi Waqqash bertanya kepada Rasulullah S.A.W. mengenai orang yang meninggalkan solat / melalaikan solat . Rasulullah S.A.W. menjawab , 

" Melalaikan solat iaitu mengakhirkan waktu sembahyang dari waktu asalnya sehingga waktu sembahyang lain . Mereka sebenar-benarnya telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya dan mereka diancam dengan Neraka Wail  ."


Sementara dalam Surah al-Mukminun ayat 10 hingga 11 , Allah berfirman yang bermaksud ,

" Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya , dan orang yang memelihara solatnya ; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus dan kekal di dalamnya ."


Diriwayatkan juga bahawa Abi Qilabah ( seorang tabi'in ) , ditanya tentang perhatian yang perlu ditumpukan ketika solat . 

Lalu beliau menjawab bahawa , " Jika seseorang itu dapat memandang ke tempat sujud , maka itu amat baik ."

Seseorang mukmin yang menjaga solat dan mendapati dirinya dilapangkan oleh Allah dan urusannya dipermudahkan . 


Dia juga akan terbiasa menjadi orang yang menepati masa , hasil daripada menepati waktu solat itu tadi . In shaa Allah . ^_^


0 comments:

Post a Comment