Thursday 30 May 2013

Posted by Unknown On 19:57
Sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari , Rasulullah S.A.W. berkata , " Aku lihat api neraka , tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya . Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita ."

Rasulullah ditanya mengapa terjadi begitu ? Rasulullah S.A.W. menjawab , " Wanita itu mengku-furkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya . Jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun , dia masih belum berpuas hati dan berasa cukup ." ( HR al-Bukhari )

Sementara itu , seorang isteri yang keluar dari rumah suami tanpa izin , maka dia akan dilaknat oleh malaikat , jin dan manusia sehingga dia kembali semula .

  

Pada satu sisi kehidupan lain , mereka gagal menjaga kehormatan diri daripada terpesona dengan kehidupan moden hari ini sehinggakan melanggar perintah Allah misalnya seperti menderhaka kepada suami .

Mereka juga gagal menghayati pesanan-pesanan Rasulullah S.A.W. agar berwaspada dan memelihara diri daripada ancaman syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan dan menjerumuskan mereka ke neraka .

INGATLAH , WAHAI KAUM WANITA .

  1. Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota bersentuh atau lelaki menyentuh wanita tanpa sebab .
  2. Pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh hukum syarak .
  3. Berjalan dan bercakap dengan hormat dan sopan serta mengelak diri daripada menunjukkan wajah menggoda .
  4. Elakkan menarik perhatian lelaki dengan menggoyang , memainkan perhiasan atau perbuatan seumpamanya jika anda Wanita Islam !
  5. Berani berkorban masa , tenaga dan harta untuk suami .
  6. Ucapkanlah perkataan yang baik-baik .
  7. Jangan terlampau lunak ketika berbicara sehingga mengghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya .
  8. Taat kepada agama .

Firman Allah Ta'ala dalam Surah An-Nur , ayat 31 maksudnya :

" Dan janganlah menghentak kaki mereka agar diketahui perhiasan yang disembunyikan ."

^_^

Rujuk pada post : TINGGINYA DARJAT WANITA SOLEHAH untuk lebih terperinci . Syukran

0 comments:

Post a Comment