- PESANAN BUAT KAUM WANITA -
Mengenai kaum wanita sebagai perhiasan , Rasulullah berpesan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad , Tabrani dan Hakim :
" Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki agar terbau haruman itu , maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya juga zina ."
Rasulullah S.A.W. bersabda,
" Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah ." ( HR Muslim )
" Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah ." ( HR Muslim )
Berikut , diturunkan beberapa pesanan Rasulullah S.A.W. untuk peringatan kaum wanita .
* Bagi kaum wanita yang mengandung , akan beristighfar para malaikat untuknya dan Allah mencatatkan baginya 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan .
* Jika seseorang wanita meminyakkan rambut suaminya , janggutnya , memotong misainya dan memotong kukunya , dia akan diberi minum oleh Allah dari air sungai di syurga , diiringi oleh Allah ketika sakaratulmaut dan kuburnya akan dijadikan taman syurga serta dicatat oleh Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamat melintasi titian sirat .
* Mana-mana kaum wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama , Allah akan memasukkannya ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suami kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka dia mendapat pakaian dan bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya .
* Apabila seseorang wanita yang taat pada suaminya , semua burung di udara , ikan di air , matahari dan bulan beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya .
Tatkala itu wahai wanita , sentiasalah sematkan di hati bahawa di sebalik kenikmatan , kejayaan yang dikecapi , adakala bencana hadir tanpa diduga .
Yakinlah bahawa setiap apa yang terjadi dan di sebalik setiap dugaan pasti ada hikmah dan nikmatnya .
Oleh itu , andai sesekali diri diduga , usah bimbang dan resah kerana pasti ada nikmat tersirat .
Dan ingatlah juga , andai diri dihujani nikmat , usah lupa dan leka kerana dari sinilah berpuncanya bencana .
Wallahu'alam . ^_^
0 comments:
Post a Comment