Sunday 14 July 2013

Posted by Unknown On 00:04
Rasulullah S.A.W. sentiasa menguntumkan se-nyumannya sehingga menimbulkan rasa cinta (mahabbah) dalam kalangan sahabat kepada baginda . Begitulah rutin kehidupan insan teragung ini . 

Senyumannya mampu memikat dan melembutkan hati di sekelilingnya .  Akhlak Nabi ini diakui sahabatnya , Jabir r.a. Beliau berkata , " Semenjak aku memeluk Islam , tidak pernah Rasulullah S.A.W. membelakangi aku . Dan beginda tidak pernah melihatku melainkan baginda mesti sedang tersenyum ." Begitulah hebatnya budi pekerti dan kemurahan hati Muhammad S.A.W. , kekasih kita memberikan senyuman sepanjang masa . Alangkah bahagianya jika baginda masih bersama kita hari ini .

Saudaraku ,
Berilah senyuman meskipun kita disakiti kerana senyuman juga satu sedekah . Sabda Nabi S.A.W. , " Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah ." ( Riwayat at-Tirmizi )

Dalam kalangan kita sendiri , masih ramai yang berpandangan bahawa senyuman ini mengurangkan nilai maruah dan mudah dipermainkan , manakala marah itu lambang ketinggian , kedudukan dan maruah seseorang .

Tidak , pandangan ini sama sekali salah ! Sesungguhnya Nabi seorang pemimpin yang dihormati dan dikasihi walaupun baginda seorang insan yang suka tersenyum . Sekarang , tidak perlu tunggu lagi . Senyumlah , kerana ia mengangkat darjat anda di samping meraih pahala .

^_^

0 comments:

Post a Comment