Sunday 4 August 2013

Posted by Unknown On 04:10
Istana Raja Segala Raja atau lebih terang lagi 
dirujuk sebagai rumah Allah S.W.T. Istana tersebut sentiasa menyebarkan alunan merdu suara jemputan lima kali sehari semalam .

Jemputan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudi memijakkan kakinya di istana suci itu . Itulah rumah Allah yang kita namakan masjid , surau ataupun madrasah .


Sungguh , Allah tidak melihat kedudukan , harta , pangkat dan kekayaan di dunia untuk melayakkan kita berkunkung ke istana-Nya seteruskan menjadi tetamu Tuhan Yang Maha Pengasih . Sesiapa sahaja yang menanamkan cinta bertandang ke rumah Allah , tawadhuk hatinya dan cinta pada hari akhirat , mereka layak menjadi tetamu VVIP di istana-Nya .

Sabda Rasulullah S.A.W. , " Sesiapa yang bercuti di rumahnya kemudian mempersiapkan diri menuju ke salah satu rumah Allah untuk menunaikan salah satu solat yang difardhukan oleh Allah , maka salah satu daripada kedua - kedua langkahnya dikira dengan kebaikan serta meninggikan darjatnya dan langkahnya yang lain menggugurkan dosa ."

( Riwayat Muslim )

Maka , apa tunggu . Marilah bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi tetamu VVIP Allah di istana-Nya kerana banyak fadilat yang boleh kita perolehi . In sha Allah . Wallahu'alam .

0 comments:

Post a Comment