Friday 9 August 2013

Posted by Unknown On 04:37
Dalam satu catatan sirah Nabi S.A.W. , ada diceritakan tentang peristiwa seorang wanita menawarkan dirinya untuk dinikahi Nabi S.A.W. Anas bin Malik menceritakan bahawa ada seorang wanita datang menemui Nabi SAW lalu menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada baginda . 

Perbuatan wanita itu tidak dicela oleh baginda . Namun anak perempuan kepada Anas berkata bahawa perempuan itu tidak malu atau kurang malunya . Namun Anas menegur anaknya dengan berkata ,

" Wanita itu lebih baik daripada kamu . Beliau suka kepada Nabi S.A.W. lalu menawarkan dirinya kepada Baginda ." ( Riwayat Ibnu Majah , Kitab an-Nikah , no.2001 )

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas , perkara ini tidak khusus untuk Nabi S.A.W. sahaja sebaliknya keharusannya kekal . Oleh itu , Imam al-Bukhari  meletakkan bab yang menarik khusus bagi hadis ini yang bertajuk " Bab Wanita Menawarkan Dirinya Kepada Lelaki Yang Soleh " . Wallahu'alam . ^_^

0 comments:

Post a Comment