Friday 9 August 2013

Posted by Unknown On 09:52
 7 Perkara Asas Pertemuan Patuh Syariah  
( FORMULA PENGURUSAN CINTA BERSYARIAT )

1. Tujuan Pertemuan
- Perlu berdasarkan niat yang baik & jelas . Ikhtilah ( percampuran lelaki dan perempuan ) yang tidak dikawal dengan iman dan adab akan menjerumuskan insan ke lembah maksiat.

2. Pakaian Yang Menutup Aurat
- Pakaian haruslah sopan , longgar , kain dari jenis tidak jarang , melambangkan kesederhanaan & warna yang tidak terlalu menonjol dan menggoda .

3. Tempat Pertemuan Yang Tidak Menimbulkan Fitnah

4.  Ditemani Mahram Yang Amanah 
Tujuan : Menjaga diri wanita , menjaga aspek keselamatan fizikal daripada maksiat . Mahram yang dipercayai , bukan yang sporting .

5. Menjaga Pandangan Mata 
Pandangan mata merupakan senjata bagi iblis untuk menggelincirkan manusia . Jika mata tidak dijaga dari melihat perkara yang haram , maka akan mudah membuka jalan kepada ruangan maksiat lain .

Dr. Yusuf al-Qaradhawi ada berkata dalam karyanya , al-Halal wa al-Haram , m/s 147 :

" Daripada apa yang kami sebutkan , nyatalah bahawa pandangan seorang wanita kepada benda yang bukan aurat daripada lelaki iaitu anggota di atas pusat dan di bawah lutut adalah harus selagi mana tidak diiringi nafsu syahwat atau dikhuatiri fitnah . Nabi S.A.W. mengizinkan Aisyah r.a. untuk melihat orang Habsyah yang sedang bermain dengan senjata mereka di masjid Nabawi ."

Seterusnya , beliau berkata lagi yang maksudnya :

" Dan seumpama yang demikian ialah pandangan seorang lelaki kepada anggota yang bukan aurat daripada wanita iaitu wajah wanita dan pergelangan tangannya , maka ia adalah harus selagi mana tidak diiringi nafsu syahwat atau tidak dikhuatiri fitnah ."

6. Topik Perbualan Yang Wajar
Perkara yang bermanfaat kepada agama , masyarakat & negara / Topik yang munasabah .

7. Nada Suara Yang Tidak Menggoda

0 comments:

Post a Comment