Saturday 14 September 2013

Posted by Unknown On 20:37

    Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1861.    
Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintainya, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula.

NIAT , Apa kata ulama' mengenainya ?

“ Sesungguhnya yang dikehendaki oleh Allah daripadamu hanyalah niat dan kehendakmu .” – Al-Fudail bin Iyad .

“ Pada pendapat saya , seluruh kebajikan terhimpun dalam niat yang bagus . Dengan niat yang bagus , engkau telah memperoleh kebajikan meskipun engkau belum atau tidak melaksanakannya .” - Daud al-Ta’i


“ Aku suka dab gemar berniat dalam setiap perbuatan yang kukerjakan , bahkan ketika makan dan minum pun aku berniat .” – Zaid al-Syami


“ Belajarlah berniat kerana ia lebih sempurna daripada amal .”- Yahya bin Ab Kathir

Ibn al-Mubarak juga pernah berkata , “ Selalunya satu amalan yang kecil boleh berubah menjadi besar lantaran niat . Sebaliknya amalan yang besar boleh menjadi kecil juga disebabkan oleh niat .”

Matraf bin Abdullah pernah berkata , “ Bagusnya hati dengan bagusnya amal , dan bagusnya amal dengan bagusnya hati .”


0 comments:

Post a Comment