Friday, 31 May 2013

Posted by Unknown On 22:02
(Pengalaman Abu Sulaiman Ad-Darany) Pada suatu musim haji , Abu Sulaiman pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah S.A.W. di Madinah. Di tengah perjalanan , dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas . Pemuda itu memberikan salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman - temannya ." Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman . " Saya dari Iraq ," jawabnya . "  Bolehkah saya pergi...
Posted by Unknown On 00:55
- PESANAN BUAT KAUM WANITA - Mengenai kaum wanita sebagai perhiasan , Rasulullah berpesan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad , Tabrani dan Hakim : " Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki agar terbau haruman itu , maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya juga zina ." Rasulullah S.A.W. bersabda,  " Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan...

Thursday, 30 May 2013

Posted by Unknown On 21:18
Pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah ini merupakan perkara-perkara yang mudah dilakukan asal sahaja ada kemahuan demi meningkatkan keimanan dalam diri . Tetapi , berapa ramaikah yang bersedia mengikuti pesanan Rasulullah s.a.w. itu ?Di antara pesanan Rasulullah S.A.W. kepada kaum lelaki ialah :* Hendaklah bangun mengerjakan solat pada pertengahan malam walaupun hanya sekadar dua rakaat pendek . Ini kerana orang yang bangun bersujud pada...
Posted by Unknown On 20:55
Rasulullah S.A.W. berpesan tentang cara dan etika memilih pakaian yang sesuai . Antaranya ialah : 1. Pakaian yang bersih , longgar dan tidak tembus pandang orang yang melihat dan menutup aurat . 2. Tidak menunjukkan pakaian yang mewah dan mahal sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan kerendahan hati...
Posted by Unknown On 20:23
Agama Islam amat memuliakan kaum wanita . Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh terbaik yang memberikan layanan istimewa kepada kaum wanita . Begitu juga agama Islam yang dibawa ini . Oleh itu , mana-mana lelaki yang memberikan layanan buruk terhadap wanita , maka dia boleh diumpamakan sebagai sejahat-jahat manusia . Wanita mukminah adalah lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari syurga .Wanita mukminah yang dimasukkan ke dalam syurga kerana...
Posted by Unknown On 19:57
Sebuah hadis yang direkodkan oleh Bukhari , Rasulullah S.A.W. berkata , " Aku lihat api neraka , tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya . Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita ."Rasulullah ditanya mengapa terjadi begitu ? Rasulullah S.A.W. menjawab , " Wanita itu mengku-furkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya . Jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun , dia masih belum berpuas...
Posted by Unknown On 00:43
Antara solat sunat yang disyariatkan dalam Islam adalah seperti solat sunat tahajud , solat dhuha , solat sunat yang mengiringi solat fardhu ( Qabliyah & Ba'diyah ) , sulat sunat istikharah , solat sunat istisqa dan solat sunat tasbih. Solat-solat ini jika dilakukan akan menambah- kan pahala dan menampung kekurangan pada solat wajib yang kita lakukan tidak cukup sempurna seperti tidak khusyuk , bacaan tidak sempurna atau sebagainya .Maka...

Wednesday, 29 May 2013

Posted by Unknown On 01:05
13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus1. KETIKA MENCARI CALONJanganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.2. KETIKA MELAMARAnda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.3. KETIKA AKAD NIKAHAnda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHANCatat...
Posted by Unknown On 00:36
Kita dituntut untuk mengerjakan solat tepat pada waktunya dan ditegah sama sekali untuk melewat - lewatkannya .Tentulah ada sebabnya mengapa kita disuruh berbuat demikian . Apa yang akan berlaku sepanjang sebelum kita menunaikan solat sukar dijangkakan . Rasulullah S.A.W. juga ada berpesan , ada tiga sebab mengapa kita digesa solat sebaik sahaja azan dilaungkan . Sebab - sebabnya ialah :1. Ajal boleh datang bila-bila masa tanpa disangka-sangka .2....

Tuesday, 28 May 2013

Posted by Unknown On 20:53
Sebilangan daripada kita apabila doanya tidak dimakbulkan , mereka berasa kecewa atau putus asa . Mereka beranggapan Allah tidak mendengar doanya serta tidak mendapat perhatian Allah .Anggapan mereka sebenarnya salah dan meleset sama sekali . DIA sentiasa mendengar doa para hamba-Nya . Percayalah ! Hamba-Nya yang berdoa mestilah bersangka baik dengan Allah bahawa DIA akan memperkenan-kan doa tersebut walau dengan cara apa sekali pun .Allah...
Posted by Unknown On 07:57
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda , " Pada zaman Bani Israil dahulu , hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza .Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah . Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa , ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya .Suatu ketika orang yang ahli ibadah berkata lagi , " Berhentilah daripada...
Posted by Unknown On 06:05
Anda suka terima pujian ? Suka menerimanya berlebih - lebihan ?Namun , ketahuilah pujian berlebihan mempunyai tujuan tertentu , misalnya dengan tujuan untuk mendapat habuan . Namun , tidak ramai sedar puji-pujian itu akhirnya akan menerbitkan sifat riak atau membanggakan diri . Ini berlawanan sekali dengan sifat ALLAH yang sememangnya layak dipuji berbanding dengan manusia .Sesungguhnya yang layak dipuji hanyalah Allah . Tidaklah wajar untuk kita...

Monday, 27 May 2013

Posted by Unknown On 04:23
Indah sungguh budinya , seindah rupa parasnya . Beliau seorang yang amanah dan bertanggungjawab sehingga digelar Al-Amin . Tidak pernah sekalipun beliau berdusta . Setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya adalah benar dan tidak pernah ada perkataan yang cela . Khadijah mula menaruh hati terhadap pekerjanya itu , iaitu Muhammad S.A.W. Beliau terpikat dengan kesantunan dan ketinggian budi Muhammad . Pada mulanya beliau menyenangi cara kerja...
Posted by Unknown On 01:50
Siapa tidak kenal dengan Siti Zulaikha ? Wanita yang dianugerahkan kecantikan oleh Allah untuk dijodohkan dengan manusia tampan , Nabi Yusuf . Kisah mereka bermula begini : Zulaikha terus bertahan dalam cintanya terhadap Yusuf . Walaupun Yusuf adalah anak angkat yang dibelanya sejak kecil , tetapi cintanya kepada pemuda itu tumbuh subur seiring dengan kedewasaan Yusuf . Zulaikha tergoda dengan ketampanan Yusuf .&nbs...

Sunday, 26 May 2013

Posted by Unknown On 09:11
Kembara si pemuda tampan dan zuhud dari Kota Kufah berlabuh di sebuah kampung yang kebanyakan penduduknya adalah kaum An-Nakha'. Terpaksa juga beliau singgah di situ bagi melepaskan lelah setelah berhari-hari melangkah . Sepanjang persinggahannya itu , beliau berkenalan dengan ramai penduduk kampung . Suatu hari , pemuda itu bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik . Tanpa sengaja , mata mereka bertemu lantas seakan-akan berbicara...
Posted by Unknown On 01:47
Abu Utsman An-Naisaburi terdiam. Beliau tergamam sebenarnya dengan keberanian wanita itu melamarnya secara terus terang . " Aku benar-benar mencintaimu , Abu Utsman ," tutur wanita itu malu-malu , meluahkan perasaannya . " Aku memohon , atas nama Allah , nikahilah aku . Aku mengharapkan kesudianmu ."  Oh ! Dari manakah datangnya keberanian wanita itu ? Setelah meminangnya , wanita itu terus meninggalkan Abu Utsman tanpa menunggu jawapannya...
Posted by Unknown On 01:00
Terdapat seorang pemuda dari Bani Sulaim yang namanya Sa'ad bin Assulami . Sebenarnya beliau datang dari keluarga terkemuka dalam kabilah itu . Tetapi oleh kerana wajahnya yang hitam dan hodoh , Sa'ad sering dipinggirkan oleh kabilahnya sendiri . Atiqah binti Amru pula adalah seorang gadis yang cantik dan bijak . Beliau dan keluarganya adalah dari Bani Tsaqif dan baru sahaja memeluk Islam . Secara umumnya , mereka tidak mungkin...

Friday, 24 May 2013

Posted by Unknown On 21:49
" Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah . Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa . Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik . Aku mencari segala bentuk rezeki tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar ."  - Saiyidina Umar al-Khattab  ...

Thursday, 23 May 2013

Posted by Unknown On 20:15
Ali Bin Abi Talib sangat menyayangi Fatimah binti Muhammad . Dari kecil lagi rasa sayang itu sudah ada . Ali mengagumi ketabahan Fatimah yang setia di sisi ayahnya walaupun seluruh musyrikin Mekah menentang dan menghina . Fatimah gadis lembut , gadis santun bersemangat waja tetapi tegas dan jiwanya kuat . Beliau gadis impian ramai pemuda . Wajahnya yang bersih dan mulus memikat menambahkan rasa sayang dalam hati Ali . Ya , hatinya begitu...
Posted by Unknown On 07:06
Di dalam rumahnya beliau berselindung sehingga tidak ramai yang pernah melihat wajahnya . Suaranya juga sukar menyapa telinga bahkan beliau juga sangat jarang berurusan dengan sesiapa . Gadis itu diibaratkan orang seperti bidadari yang turun ke dunia . Gadis itu benar-benar memelihara diri dan kehormatannya , seperti mutiara indah yang tersimpan jauh di dasar laut . Tetapi sesiapa yang pernah menemuinya mengatakan wajahnya cantik , suaranya...