Monday, 16 September 2013

Posted by Unknown On 01:05
      Menguasai Aras Pemikiran Tertinggi + Kemahiran Asertif     Rata - rata umat dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini masih berada di takuk lama , pemikiran minda kelas ke-3 yang dipercayai menjadi punca dominan menjerumus kepada ketidakstabilan politik , ekonomi , sosial dan sebagainya yang berlaku sejak belakangan ini . Dalam hal ini , kita perlu ambil serius .  Kemahiran meletakkan...

Saturday, 14 September 2013

Posted by Unknown On 20:37
    Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1861.     Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat. Dan pahala bagi setiap orang yang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Siapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya, maka pahalanya ada di sisi Allah dan RasulNya. Dan...

Saturday, 17 August 2013

Posted by Unknown On 20:48
Imam Ibnu al-Jauzi berkata : " Cinta , kasih sayang dan terpesona dengan sesuatu yang indah dan memiliki keserasian bukan perkara yang cela serta tak perlu dibuang . Tetapi cinta yang melewati batas pesona dan cinta yang menguasai akal dan menghanyutkan pemiliknya kepada perkara yang tidak sesuai dengan hikmahnya yang sebenar . Inilah yang mengundang cela ." " Jika cinta manusia tidak mahu mendampingi , masih ada cinta lain yang tidak akan...

Friday, 16 August 2013

Posted by Unknown On 04:15
Menunaikan solat fardu merupakan jambatan mendekatkan diri kepada Allah kerana melalui solatlah seseorang akan bermunajat dengan kekasihnya Yang Maha Agung , memohon keampunan , menambahkan keimanan serta memperkuatkan ikatan kejiwaan terhadap Allah . Solat fardu lima waktu merupakan amalan perbuatan yang sangat mulia dan tinggi nilainya . Abdullah bin Mas'ud r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW , " Wahai Rasulullah , apakah amalan yang...

Wednesday, 14 August 2013

Posted by Unknown On 09:03
Ini merupakan cerita orang-orang soleh . Diceritakan bahawa ada seorang soleh mempunyai seorang teman akrab yang diberi dugaan oleh Allah SWT dengan penyakit kusta .  Semakin hari , penyakit temannya itu semakin teruk sehingga beberapa bahagian badannya seperti tangan , mata dan kakinya telah tanggal . Walaupun demikian , orang soleh itu tetap setia menemankannya . Dia menziarahi pesakit kusta itu setiap masa . Pada suatu hari , orang...

Monday, 12 August 2013

Posted by Unknown On 09:58
Kisah benar ini diriwayatkan oleh ABDULLAH BIN ABBAS . Abdullah bin Abbas bercerita bahawa , menjelang wafatnya Nabi SAW , suara azan dikumandang- kan oleh Bilal Bin Rabah sepertimana yang telah diperintahkan  .  Para sahabat datang berduyun - duyun ke Masjid Nabawi memenuhi seruan azan itu , meskipun waktu solat belum tiba . Nabi masuk ke dalam masjid dan melakukan solat sunat dua rakaat . Kemudian baginda naik ke atas mimbar dan...

Friday, 9 August 2013

Posted by Unknown On 19:47
1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain . Abu Talib takut pandangan pembesar Quraisy yang lain mengenai apa yang akan diperkatakan setelah dia meninggal dunia dan menjadi seorang Muslim , maka kerana kerisauan inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap syahadah . 2) Kedua - Sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain . Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita menyibukkan diri menilai...
Posted by Unknown On 19:39
Qalbun Shahih , hati yang sihat dan bersih atau suci dari setiap nafsu yang menentang perintah dan larangan Allah , dan dari setiap penyimpangan yang menyalahi keutamaan-Nya . Sehingga ia terselamat dari pengabdian kepada selain Allah . Hati ini amat murni pengabdiannya kepada Allah SWT , baik pengabdian secara iradat , cinta (mahabbah) , berserah diri (tawakkal) , kembali pada ajaran-Nya dengan bertaubat (inaabah) , tunduk memasrahkan diri...
Posted by Unknown On 09:52
 7 Perkara Asas Pertemuan Patuh Syariah   ( FORMULA PENGURUSAN CINTA BERSYARIAT ) 1. Tujuan Pertemuan - Perlu berdasarkan niat yang baik & jelas . Ikhtilah ( percampuran lelaki dan perempuan ) yang tidak dikawal dengan iman dan adab akan menjerumuskan insan ke lembah maksia...
Posted by Unknown On 04:37
Dalam satu catatan sirah Nabi S.A.W. , ada diceritakan tentang peristiwa seorang wanita menawarkan dirinya untuk dinikahi Nabi S.A.W. Anas bin Malik menceritakan bahawa ada seorang wanita datang menemui Nabi SAW lalu menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada baginda .  Perbuatan wanita itu tidak dicela oleh baginda . Namun anak perempuan kepada Anas berkata bahawa perempuan itu tidak malu atau kurang malunya . Namun Anas menegur anaknya...

Monday, 5 August 2013

Posted by Unknown On 22:19
Sebaik-baik zikir adalah tilawatil ( membaca ) al-Quran , kerana al-Quran mengandungi pelbagai khasiat penyembuh hati dari semua penyakit kegundahan . Secara umumnya , penyakit hati boleh terdiri daripada penyakit syubhat ( ajaran yang samar-samar atau meragukan ) dan syahwat . Di dalam al-Quran terdapat ubat penawar bagi kedua jenis penyakit ini . Di dalam al-Quran terdapat keterangan dan alasan yang sanggup untuk menjelaskan yang hak...
Posted by Unknown On 04:09
" Renungan bersama Hilal Asyraf "Jika kita suka judge orang dari status facebooknya semata-mata , maka kita akan tersilap besar.Facebook buat kita rasa kita benar-benar kenal akan seseorang , namun akhirnya perkenalan yang mendalam tetap dengan berhadapan , berkongsi rasa , hidup bersama , bekerja bersama dan sebagainya .Kadang bila kita rasa kita kenal sangat seseorang itu , membuatkan kita mudah sangat nak judge dirinya . Sedangkan,...

Sunday, 4 August 2013

Posted by Unknown On 22:27
" Perumpamaan bagi orang yang selalu mengingat Tuhannya dengan orang yang tidak mahu mengingat Tuhannya adalah seperti orang hidup dan orang mati ." Riwayat Abu Musa al-Asy-'an dari Nabi SAW dalam Sahih Bukhari .Dengan selalu berzikir kepada Allah akan menyebabkan seseorang hamba memperoleh peluang besar melihat-Nya di hari akhirat kelak . Zikir menyebut nama dan mengingati Allah juga bertujuan untuk menyibukkan diri agar tidak berbicara dengan ucapan...
Posted by Unknown On 21:00
Kesihatan tubuh hanya menjamin kebahagiaan di dunia sahaja , namun kesihatan jiwa akan menentukan baik kehidupan di dunia mahupun di akhirat . Begitu pula kematian jasad manusia , akan memutuskan hubungan dengan alam dunia ini , sebaliknya kematian hati akan terus dirasakan sebagai kepedihan dan kesengsaraan untuk selama-lamanya , tiada penghujung , tiada penamatnya...
Posted by Unknown On 10:20
Cinta terlarang ialah cinta yang sudah dicemari dan didominasi oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri . Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak bertahan lama . Sudah dapat perkara yang dihajati , sudah terlaksana benda yang dikejar , maka cinta akan terkulai dan bersepai . Ini akibat membelakangkan peraturan cinta .Ketika itu , hati tidak nampak selain yang dicintainya . Maka , lupalah diri pada Pencipta Cinta kerana terlalu asyik dengan...
Posted by Unknown On 10:15
Dalam persahabatan , kita tidak lari daridisakiti dengan lidah yang berkata-kata . Sememangnya , hati yang disakiti dengan kata-kata lebih menyakitkan daripada dilukai dengan senjata tajam . Ya , itulah lidah . Ia lebih tajam daripada mata pedang . Muslim / umat Islam yang bertaqwa pasti akan menjaga tutur katanya kerana Allah menyukai perbuatan tersebut . Rasulullah S.A.W. bersabda , " Tiada sesuatu perkara yang akan memberatkan timbangan...
Posted by Unknown On 04:10
Istana Raja Segala Raja atau lebih terang lagi dirujuk sebagai rumah Allah S.W.T. Istana tersebut sentiasa menyebarkan alunan merdu suara jemputan lima kali sehari semalam .Jemputan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudi memijakkan kakinya di istana suci itu . Itulah rumah Allah yang kita namakan masjid , surau ataupun madrasah .Sungguh , Allah tidak melihat kedudukan , harta , pangkat dan kekayaan di dunia untuk melayakkan kita berkunkung...

Sunday, 14 July 2013

Posted by Unknown On 00:04
Rasulullah S.A.W. sentiasa menguntumkan se-nyumannya sehingga menimbulkan rasa cinta (mahabbah) dalam kalangan sahabat kepada baginda . Begitulah rutin kehidupan insan teragung ini . Senyumannya mampu memikat dan melembutkan hati di sekelilingnya .  Akhlak Nabi ini diakui sahabatnya , Jabir r.a. Beliau berkata , " Semenjak aku memeluk Islam , tidak pernah Rasulullah S.A.W. membelakangi aku . Dan beginda tidak pernah melihatku melainkan...

Saturday, 13 July 2013

Posted by Unknown On 23:26
" Dan laksanakanlah solat , tunaikanlah zakat dan rukuklah bersama sama orang yang rukuk ." Al-Baqarah : 43Wahai pencari Cinta Ilahi, pencari kebahagiaan hakiki , yang berhak mewarisi syurga Firdaus dengan rahmat-Nya , renungkanlah norma kelakuan masyarakat kita hari ini . Yang baik kita ikuti dan amalkan , yang keruh kita kikis sehingga tiada lagi .RENUNGKANLAH ,Orang kafir sambut Valentine Day kita pun nak sambut ,Orang kafir sambut April...
Posted by Unknown On 10:13
Kisah cinta Urwah bercambah sejak kecil . Sejak dari dulu Urwah jatuh hati dengan 'Afra , anak gadis pakciknya . Begitu juga dengan 'Afra . Beliau amat menyenangi Urwah dan mahu hidup bersamanya .  Urwah anak yatim piatu dan tinggal dengan pakciknya sejak kecil . Hubungannya dengan 'Afra bukan sekadar sepupu tetapi juga teman rapat . Sungguh pun hidup miskin , hubungan mereka sungguh erat . Setelah lama memendam rasa , Urwah memberanikan...
Posted by Unknown On 10:04
  Pesanan Khas Buat Remaja dan Generasi Muda   Kita dibuai , digoda , dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar , indah dan berbunga . Bukalah radio dan TV , cerita , drama , filem cinta lagi , lagi dan lagi ! Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi di mana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi . Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela . Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang...

Saturday, 22 June 2013

Posted by Unknown On 22:23
Mahabbah kepada Allah S.W.T. merupakan air kehidupan bagi hati dan makanan buat jiwa setiap insani. Tidak ada kelazatan, kenikmatan , kebahagiaan dan kehidupan bagi hati , kecuali dengan 'Cinta Kepada Allah' ini .Sebahagian ulama salaf ada berkata , " Orang yang bermahabbah , hatinya sentiasa melayang mencari cinta-NYA , banyak menyebut nama-Nya , mencari keredhaan-Nya dengan segala cara ia mampu , dengan rasa rindu yang membara kepada- Nya . Seorang...

Saturday, 1 June 2013

Posted by Unknown On 20:44
Dalam memilih sahabat , kita digalakkan supaya memilih sahabat yang benar-benar boleh membimbing kita ke jalan yang lurus , bukan sahabat yang akan menjerumuskan kita ke arah kejahatan . Rasulullah S.A.W. sendiri pernah mengingat-kan dalam hadis oleh At-Tirmizi katanya , " Seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan temannya . Maka hendaklah kamu memilih siapa yang harus dijadikan teman ." Teman yang baik dan setia ibarat wangian yang...

Friday, 31 May 2013

Posted by Unknown On 22:02
(Pengalaman Abu Sulaiman Ad-Darany) Pada suatu musim haji , Abu Sulaiman pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah S.A.W. di Madinah. Di tengah perjalanan , dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas . Pemuda itu memberikan salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman - temannya ." Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman . " Saya dari Iraq ," jawabnya . "  Bolehkah saya pergi...
Posted by Unknown On 00:55
- PESANAN BUAT KAUM WANITA - Mengenai kaum wanita sebagai perhiasan , Rasulullah berpesan dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad , Tabrani dan Hakim : " Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki agar terbau haruman itu , maka dia adalah perempuan zina dan setiap mata yang memandangnya juga zina ." Rasulullah S.A.W. bersabda,  " Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan...

Thursday, 30 May 2013

Posted by Unknown On 21:18
Pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah ini merupakan perkara-perkara yang mudah dilakukan asal sahaja ada kemahuan demi meningkatkan keimanan dalam diri . Tetapi , berapa ramaikah yang bersedia mengikuti pesanan Rasulullah s.a.w. itu ?Di antara pesanan Rasulullah S.A.W. kepada kaum lelaki ialah :* Hendaklah bangun mengerjakan solat pada pertengahan malam walaupun hanya sekadar dua rakaat pendek . Ini kerana orang yang bangun bersujud pada...
Posted by Unknown On 20:55
Rasulullah S.A.W. berpesan tentang cara dan etika memilih pakaian yang sesuai . Antaranya ialah : 1. Pakaian yang bersih , longgar dan tidak tembus pandang orang yang melihat dan menutup aurat . 2. Tidak menunjukkan pakaian yang mewah dan mahal sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan kerendahan hati...
Posted by Unknown On 20:23
Agama Islam amat memuliakan kaum wanita . Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh terbaik yang memberikan layanan istimewa kepada kaum wanita . Begitu juga agama Islam yang dibawa ini . Oleh itu , mana-mana lelaki yang memberikan layanan buruk terhadap wanita , maka dia boleh diumpamakan sebagai sejahat-jahat manusia . Wanita mukminah adalah lebih tinggi darjatnya berbanding bidadari syurga .Wanita mukminah yang dimasukkan ke dalam syurga kerana...